Soalan peperiksaan Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

0
506
Soalan Ujian Psikometrik - Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam

Sebelum kita bermula dengan Contoh soalan peperiksaan Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 apa kata kita baca dahulu Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA

Definisi Psikometrik

Ujian pikometrik bermaksud ujian yang mengukur tahap kebolehan seseorang untuk ‘perform’ di dalam bidang tugas yang diperlukan.Psikometrik akan menguji kebolehan dari segi kognitif,pengetahuan dan juga personaliti.

Selain daripada itu

Psikometrik jika mengikut kefahaman orang biasa biasa munkin hanya kepada teori atau logik.


Namun jika menurut istilahnya, Ia merupakan bidang kajian yang berkait dengan teori dan kaedah pengukuran pendidikan psikologi yang meliputi:-

  • Pengetahuan
  • Kemampuan
  • Sikap
  • Sifat keperibadian

Format Ujian Psikometrik SPA

Dalam format lama sewaktu semua seksyen A, B dan C digabungkan, calon yang memohon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 perlu menjawab 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen ujian psikometrik.

Bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada Januari 2018 yang lepas pula mereka perlu menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh masa 1 jam seperti yang telah ditetapkan.

Fuh kena laju jer menjawab. Soalan sebenarnya takdelah susah mana , tetapi soalan perangkap tetap ada.

TIPS MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Siapa yang perlu mengambil ujian Psikometrik

Pelbagai jawatan SPA kini memerlukan anda menjawab seksyen Psikometrik.

Antaranya ialah;

  1. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  2. Pembantu Pendaftaran KP19
  3. Pembantu Arkib
  4. Penghantar Notis
  5. Pembantu Awam
  6. Pembantu Pegawai Latihan
  7. Pembantu Tadbir
  8. Pembantu Penilaian
  9. Pembantu Hal Ehwal Islam
  10. Jawatan Lain Gred 29 Ke Bawah

Jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Kementerian Sumber Manusia
  • Jadual Gaji:GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNANRM1,549.00RM5,701.00RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
      2. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Deskripsi Tugas :
    Pembantu kepada Pemeriksa Kilang dan Jentera. Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.

Panduan peperiksaan PSSE Ujian Psikometrik

Panduan Memastikan Kestabilan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA
Panduan ringkas ini adalah bagi membantu calon di dalam persediaan menduduki
Peperiksaan Online SPA. Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan
gangguan terhadap capaian internet. Diantaranya adalah seperti berikut:

  1. Virus, Malware, Spyware
    Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal
    beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian
    internet.
    Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan
    pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini.
  2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak)
    Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi
    kelajuan capaian ke internet komputer anda.
    Pencegahan: Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masingmasing. Contoh:
    i. Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet
    Explorer settings
    ii. Chrome: Setting > Reset Settings
    Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah
    yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA.
  3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)
    Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh
    mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online
    SPA.
    Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum
    menduduki Peperiksaan Online SPA.
  4. Windows Firewall
    Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang
    ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak
    menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer
    anda.
    Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian
    internet yang sering digunakan.
  5. Fungsi Auto Update Perisian
    Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara
    percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian
    internet anda.
    Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda
    gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula
    senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan
    untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.
    Semoga Berjaya

Rujukan : Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK

Contoh Ujian Psikometrik – Soalan peperiksaan Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

  1. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
    a. Sangat kerap
    b. Kerap
    c. Tidak pasti
    d. Kadang-kadang
    e. Tidak pernah
  2. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa
    kini.
    a. Sangat setuju
    b. Setuju
    c. Tidak pasti
    d. Tidak setuju
    e. Sangat tdak setuju
  3. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk
    menang.
    a. Sangat kerap
    b. Kerap
    c. Tidak pasti
    d. Kadang-kadang
    e. Tidak pernah
  4. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.
    a. Sangat kerap
    b. Kerap
    c. Tidak pasti
    d. Kadang-kadang
    e. Tidak pernah
  5. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21
    tahun.
    a. Sangat setuju
    b. Setuju
    c. Tidak pasti
    d. Tidak setuju
    e. Sangat tdak setuju
  1. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh
    berjenaka.
    a. Sangat kerap
    b. Kerap
    c. Tidak pasti
    d. Kadang-kadang
    e. Tidak pernah
  2. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
    a. Sangat tidak setuju
    b. Agak tidak setuju
    c. Tidak setuju mahu pun setuju
    d. Agak setuju
    e. Sangat setuju
  3. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
    a. Sangat tidak setuju
    b. Agak tidak setuju
    c. Tidak setuju mahu pun setuju
    d. Agak setuju
    e. Sangat setuju
  4. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
    a. Sangat kerap
    b. Kerap
    c. Tidak pasti
    d. Kadang-kadang
    e. Tidak pernah
  5. Saya mudah berasa bosan.
    a. Sangat kerap
    b. Kerap
    c. Tidak pasti
    d. Kadang-kadang
    e. Tidak pernah
  1. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul
    a. Sangat kerap
    b. Kerap
    c. Tidak pasti
    d. Kadang-kadang
    e. Tidak pernah
  2. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
    a. Sangat tidak setuju
    b. Agak tidak setuju
    c. Tidak setuju mahu pun setuju
    d. Agak setuju
    e. Sangat setuju
  3. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik
    sahaja ia bermula.
    a. Sangat setuju
    b. Setuju
    c. Tidak pasti
    d. Tidak setuju
    e. Sangat tdak setuju
  4. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke
    arahnya.
    a. Sangat kerap
    b. Kerap
    c. Tidak pasti
    d. Kadang-kadang
    e. Tidak pernah
  5. Member laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik
    daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.
    a. Sangat tidak setuju
    b. Agak tidak setuju
    c. Tidak setuju mahu pun setuju
    d. Agak setuju
    e. Sangat setuju

Contoh lain

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan PanduanSoalan peperiksaan Psikometrik Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 yang pihak kami keluarkan di bawah.

TEMPAH SEKARANG!

Rujukan : Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK

Baca juga : – Panduan peperiksaan PSSE Ujian Psikometrik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge