Survey harga terkini Pressure cooker elektrik

Kalau kita beritahu orang tua kita yang memang jimat orang nya tentang niat untuk membeli Pressure cooker elektrik. Agak – agak apa reaksi mereka.

Munkin ada yang berkata, Meraka dah lama masak daging untuk bagi kita makan, ok sahaja. Buat apa nak membazir membelinya.

Yang penting kamu tumbuk halia lebih sikit bubuh garam rebus lama sikit. Ada chef yang keluar tv itu kata rebus sahaja dekat periuk nasi yang dah tak pakai atas gas. Empuk – empuk nanti.

Kata – kata orang tua kita ia kan sahaja, tak perlu nak bantah apa yang mereka kata ada kebenarannya. Tapi dari kita apa salahnya mencuba yang baru. Dengan Pressure cooker masak daging perlu sejam, kita dah boleh jadikan setengah jam. ok apa. yang penting tak perlu nak bertelagah.

Survey, cari apa kegunaan yang kita nak. Dan yang paling penting kita lihat budget kita. Senang bukan.

Nak survey Jom…Lihat dari Halaman jualan Pressure Cooker

Setakat nak masak sup tulang kambing je.pun.. Resepi pun ada dekat bawah ni..

Saya cedok dari laman web my resepi…

Sup Tulang Kambing

Bahan-bahan diperlukan:
1 kg tulang kambing ( bahagian rusuk )
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2″ halia
2cm lengkuas
2 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga
1 mangkuk air panas
3 mangkuk air
1 sk serbuk lada sulah
2 sb garam & 1/2 sk ajinomoto
3 sb minyak
daun sup, daun bawang & bawang goreng
Cara menyediakan dan memasak:
Dalam mangkuk kaca, satukan kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih & bunga lawang
Masukkan air panas yang baru saja dimasak, tutup mangkuk rapat. Biar sehingga air menjadi suam. Selepas itu toskan bahan2 rempah & simpan air rendaman.
Tumbuk lumat bawang putih & bawang merah. Halia & lengkuas diketuk separuh lumat.
Panaskan minyak dalam periuk (lagi mudah kalau guna pressure cooker) tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan2 rempah yang telah direndam tadi. Gaul sekata.
Masuk pula halia & lengkuas. Biar selama 2minit. Masukkan tulang2 kambing, kacau biar bergaul dgn rempah,kecilkan api biar selama 10minit.
Masuk air & air rendaman rempah. Kacau sekata. Tutup periuk & dengan api perlahan reneh sehingga tulang empuk,biasanya dalam 1 1/2 jam.
Bila dah empuk, masuk lada sulah, garam dan ajinomoto. Adjust mengikut selera anda. Padamkan api, masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang. Tutup periuk rapat selama 20 minit. Siap untuk dihidang.

Nampak tak nak masak sup tulang kambing pun dah dekat dua jam, jadi dengan pressure cooker anda dapat menjimatkan masa dan tenaga. (Sama ada gas ataupun elektrik).

Lagi sekali jom survey Halaman jualan Pressure Cooker

One thought on “Survey harga terkini Pressure cooker elektrik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge