Kekadang ada yang terfikir bagaimana nak dapatkan sale untuk produk yang akan kita jual.
Kalau produk seperti pisang goreng tepi jalan munkin akan nampak seperti mudah.
Stall pisang goreng dah dekat tepi jalan. Ada trafik yang lalu lintas. Banyak mata yang memandang.
Lagi tuan punya bisnes agak bijak letak banner sejauh 100meter dari lokasi jualan.
Banner pulak mengancam, mana tak orang akan sedaya cuba untuk membelinya.
Jika tidak hari ini esok lusa akan cuba beli.
Tetapi bagaimana pula kita yang baru nak cuba – cuba bisnes makanan dari rumah.
Panduan untuk promosi makanan.
Orang kata kalau kita banyak memberi, Inshallah akan banyak jugalah yang akan kita terima.
Okey apa yang kita perlua buat jika kita nak tumpang makanan dekat peniaga tepi jalan.
Biasanya ini cara yang terbaik. Dengan erti kata jika makanan kita RM1.00 bermakna untuk peniaga RM0.20 dan untuk kita RM0.80.
Kena selalu beli makanan tempat dia. Seminggu munkin dua tiga kali.
Dah selalu jumpa tu memang lah kena mesra berbaik – baik seperti best friend.
Ayat asal mana munkin boleh diguna dengan kata- kata mana tahu kita ini bersaudara :).
Ha dah berbaik dengan mereka barulah kasi makanan untuk mereka rasa.
Waktu itu kena bagi banyak . Bagi free jer. Untuk peniaga dan juga customer peniaga.
Munkin apabila orang suka baru mereka akan request pada peniaga untuk makanan kita.
Memang agak mudah dicerita tapi agak susah untuk dilakukan. Tetapi yakinlah jika sekali kita dah cuba lain kali pasti mudah sahaja.
Dan kalau boleh jangan lupa nak belanja runer makanan disekitar kawasan kita.
Bisnes Makanan Dari Rumah
Belanja mereka makan dekat rumah kita. Kalau boleh bagi juga makanan extra yang siap – siap bungkus.
Dekat bungkusan dah ada stiker kita. Edarkan secara percuma disetiap customer runner.
Mana tahu lain kali orang akan terus direct oder dengan kita.
Sehari purata makanan terjual dalam 30bungkus dengan purata keuntungan RM1.20 x 30bungkus x 30hari =sebulan RM1080.
Untuk lebih info bisne makanan dari rumah anda boleh sahaja layari website ini – Bisnesmakan.com
Semoga perkongsian Bisnes Makanan Dari Rumah ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
Bagus ni, rujukan terbaik buat mereka yang nak mula bisnes makanan..
Sis Lin recently posted…MAKAN STEAMBOAT DAN BBQ GOGOPOT DI RUMAH – ANYTIME ANYWHERE