Taktik terkini 2 Cara Berniaga Di Shopee

Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee

Teringin sangat nak berniaga tetapi takde barang yang nak dijual. Takde produk langsung yang ada sekadar Usaha dan berberapa flatform diatas talian.

Antara flatform percuma kesukaan ramai pastinya shopee. Disebabkan ia Percuma – Ini adalah perkara yang sangat menarik, setakat ini saya tidak menjumpai sebarang online portal yang menawarkan servisnya secara percuma, tanpa sebarang caj yuran atau caj transaksi pembayaran dan proses, apa yang dibayar oleh pelanggan 100% milik anda.

Itu yang terfikir nak juga berniaga dekat Shopee disebabkan trafik harian yang tinggi dan banyak offer yang jarang - jarang didapati di tempat lain.

2 Cara Berniaga Di Shopee

Secara mudahnya... berniaga di shopee ini boleh dibahagikan kepada 2 cara.
1. Berniaga Barang Yang ADA di TANGAN2. Berniaga Barang Yang TIADA di TANGAN
Hah? Apa maksudnya tu?

1. Berniaga Barang Yang ADA di TANGAN

Ini maksudnya, anda menjual produk yang mana, produk tersebut ada pada anda. Ianya mungkin produk yang anda sendiri hasilkan seperti sabun yang anda buat sendiri, atau baju atau tudung yang anda jahit sendiri.
Ataupun, jika bukan produk yang anda hasilkan sendiri, mungkin juga anda menjadi stokis bagi sesebuah produk dan anda telah simpan stok produk tersebut di rumah anda. 
Atau, apa-apa sahaja produk yang mungkin anda dah borong siap-siap dari tempat lain, mungkin dari china, atau dari mana-mana kedai borong lain dan produk tu ada di rumah /kedai anda.
Produk seperti ini, cara nak jual, memang straight to the point sahaja.Anda ambil gambar produk tu semua, kemudian, upload gambar serta masukkan info berkaitan produk tu di shopee.Bila ada orang beli, anda pun bungkus-bungkus dan terus pos produk tersebut.
Simple!

Cara kedua....
2. Berniaga Barang Yang TIADA di TANGAN

Ini pula rumit sikit, cara berniaga sebegini selalunya dilakukan oleh orang-orang yang baru nak mula berniaga.... yang masih tiada produk, masih kurang modal dan belum berani nak beli dan simpan stok.
Kaedah berniaga sebegini selalunya kita panggil kaedah "berniaga secara dropship".
Dropship ini, dalam bahasa mudahnya.. anda jadi agen jualan / orang tengah.Produk tiada pada anda, tetapi anda cuma dapatkan gambar serta maklumat produk dari pembekal. 
Apabila anda dah dapat gambar dan maklumat pasal produk dari pembekal, anda pun masukkan gambar dan maklumat tu di kedai shopee anda.
Bila ada orang order/beli barang tu di kedai shopee anda, maka, anda pun "forwardkan" order tu kepada pembekal. Kemudian, pembekal, akan terus pos barang tu kepada pembeli.
Boleh faham kan? Kalau tak faham.. boleh lihat gambar rajah dibawah.
Menerusi kaedah berniaga cara 2 ini, anda tak pegang produk, produk tiada bersama anda.Anda cuma jadi orang tengah sahaja. Bila dapat order, anda beri nama dan alamat pembeli kepada pembekal, kemudian, pembekal akan pos barang tersebut kepada pembeli.
Disini, anda tak perlu sibuk-sibuk nak simpan barang dan nak bungkus barang. Anda hanya ambil duit dari pelanggan (contohnya RM50), kemudian, bayar kepada pembekal (RM30)... Baki yang RM20 itu.. adalah keuntungan anda!
Boleh faham kan?

Cari rujukan tepat seperti di Bisnes shopee.com.

Untuk Maklumat lebih lanjut tentang teknik perniagaan Shopee Carilah rujukan yang tepat seperti di Bisnes shopee.com.

Semoga perkongsian Taktik terkini 2 Cara Berniaga Di Shopee ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer & Twiter