Tempahan qurban secara online 2013

0
150
Tempahan qurban secara online

Tempahan qurban secara online? Sebelum bermula ada baik baca ini dahulu.

Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam.

Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan alQuran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36.

Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah).
Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap
tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10
Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan
secara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban
menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu
perniagaan kepada mereka yang memerlukan.

Cara ini termasukurusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk melaksanakan ibadah qurban.

Isu sumbangan atau pemberian haiwan qurban juga sering dibangkitkan dalam masyarakat kerana melibatkan jumlah sumbangan yang banyak oleh pihak-pihak yang berhajat menyumbangkan ternakan qurban kepada kelompok masyarakat Islam bagi sama-sama meraikan Hari Raya Qurban.

Oleh yang demikian, penggunaan perkhidmatan urusan dan pemberian sumbangan, hendaklah diberi perhatian secara khusus supaya ia dapat memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak

Garis panduan ini mengemukakan beberapa panduan penting bagi memenuhi tuntutan syarak dalam melaksanakan ibadah qurban supaya ia tidak menyalahi maksud asal ibadah qurban itu sendiri. Justeru, dengan adanya garis panduan pelaksanaan ibadah qurban ini, mudah-mudahan ia dapat dilaksana dan diurus oleh semua pihak mengikut kehendak syarak.

Panduan lengkap memulakan penternakan kambing

Jom semak harga Tempahan qurban secara online – semak equrban

Baca juga – Panduan senarai harga lembu dan kambing untuk qurban & aqiqah

Previous articleMASJID KAPITAN KELING (PENANG)
Next articleDoa masuk dan keluar tandas
Blog onlajer telah mula bersiar pada tahun 2012. Blog ini asalnya banyak bercerita tentang nota pembelajaran elektrik fasa satu. Dari situ ia terus berkembang menjadi blog teknikal lifestyle yang jarang - jarang anda baca. Semoga perkongsian yang di muat naik blog onlajer dapat memberi manfaat kepada pembaca sekelian. Sebarang maklumat yang ada disini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis . Dan ada juga blog post yang diterbit mengandungi maklumat yang diambil dari laman web yang akan dinyatakan pada artikel tersebut. Sebarang maklumat yang diguna pakai adalah tertakluk kepada risiko anda sebagai pembaca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge