Ujian Psikometrik Separa Perubatan Bertaraf Diploma

0
874

Sebelum kita bermula dengan Ujian Psikometrik Separa Perubatan Bertaraf Diploma apa kata kita baca dahulu Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA.

Definisi Psikometrik

Ujian pikometrik bermaksud ujian yang mengukur tahap kebolehan seseorang untuk ‘perform’ di dalam bidang tugas yang diperlukan.Psikometrik akan menguji kebolehan dari segi kognitif,pengetahuan dan juga personaliti.

Selain daripada itu

Psikometrik jika mengikut kefahaman orang biasa biasa munkin hanya kepada teori atau logik.


Namun jika menurut istilahnya, Ia merupakan bidang kajian yang berkait dengan teori dan kaedah pengukuran pendidikan psikologi yang meliputi:-

  • Pengetahuan
  • Kemampuan
  • Sikap
  • Sifat keperibadian

Format Ujian Psikometrik SPA

Dalam format lama sewaktu semua seksyen A, B dan C digabungkan, calon yang memohon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 perlu menjawab 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen ujian psikometrik.

Bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada Januari 2018 yang lepas pula mereka perlu menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh masa 1 jam seperti yang telah ditetapkan.

Fuh kena laju jer menjawab. Soalan sebenarnya takdelah susah mana , tetapi soalan perangkap tetap ada.

TIPS MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Siapa yang perlu mengambil ujian Psikometrik

Pelbagai jawatan SPA kini memerlukan anda menjawab seksyen Psikometrik.

Antaranya ialah;

  1. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  2. Pembantu Pendaftaran KP19
  3. Pembantu Arkib
  4. Penghantar Notis
  5. Pembantu Awam
  6. Pembantu Pegawai Latihan
  7. Pembantu Tadbir
  8. Pembantu Penilaian
  9. Pembantu Hal Ehwal Islam
  10. Jawatan Lain Gred 29 Ke Bawah

Rujukan : Soalan Ujian Psikometrik – Ujian Psikometrik Separa Perubatan Bertaraf Diploma

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN BERTARAF SIJIL

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); dan

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun)

  1. Syarat Kelayakan
    a. Warganegara Malaysia;
    b. Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    c. Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
    d. Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.
  2. Kategori Pemohon dan Had Umur
    a. Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV:
    i. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

b. Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
i. Umur tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

c. Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
i. Umur tidak melebih 38 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Rujukan : Soalan Ujian Psikometrik – Ujian Psikometrik Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Baca juga :- Panduan peperiksaan PSSE Ujian Psikometrik – Contoh Soalan

Ujian Psikometrik Separa Perubatan Bertaraf Diploma

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

Contoh TIM INfOKERJAYA

Ada pembeli rujukan Psikometrik yang bertanya tentang salah satu soalan dalam rujukan.

Ini soalannya;
Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A – YA
B – TIDAK

IMEJ
Apa jawapan anda? Ramai yang kata jawapannya A, tetapi
jawapan yang Tim Infokerjaya berikan adalah B!

Jeng jeng jeng ~ Anda rasa?

Jawapannya memang B 

Penilaian Psikometrik ni satu penilaian yang besar.
Tapi dalam penilaian exam online ini, ianya akan menjadi ‘scoring’ anda sebelum dipanggil ke temuduga. Jadi anda perlu berada pada tahap “NILAIAN POSITIF” sentiasa.

Faham tak? Macam kompleks sangat pula explaination ni.
.
Jadi dalam soalan ini “NILAIAN POSITIF” adalah menjadi staf yang membawa harmoni pada organisasi dan berjiwa “team work” Bukan bermakna anda tak boleh atau
tak mahu jadi LEADER, tapi anda berjiwa FOLLOWER.

Ini mantra nilaian positif ini;

“A good LEADER is a good FOLLOWER”

Maka jawapan yang memberikan score nilaian positif adalah

B!

Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A – YA
B – TIDAK


Nampak tak?
Ini yang kita terangkan dalam rujukan, tonjolkan nilaian
positif untuk ‘SCORING’ anda. Jika anda masih belum dapatkan rujukan PSIKOMETRIK, terus dapatkan di; PSIKOMETRIK INFOKERJAYA

Ujian ni nampak mudah, tetapi ada banyak perangkap di dalamnya dan kita huraikan di;

p/s Jawapan PSIKOMETRIK ini subjektif bergantung tahapan penilaian. Tapi dalam ujian online kerajaan ini, CORE penilaian adalah NILAIAN POSITIF!

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik.

Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang Tim Infokerjaya keluarkan di bawah. RUJUKAN UJIAN PSIKOMETRIK

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.

Kenapa rujukan psikometrik ini amat disyorkan?
✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ 200 contoh soalan psikometrik
✓ Penerangan cara menjawab soalan agar tidak tersasar
✓ Kenali ‘perangkap’ ujian psikometrik
✓ Penjelasan tentang apa bakal menggagalkan anda
✓ Dan lain2 lagi.

TEMPAH SEKARANG!

Rujukan : Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK

Semoga perkongsian Contoh Soalan Ujian Psikometrik Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer & Twiter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge