Apa Yang Aku Dapat Semasa Cuti Hari Raya Korban

Buat ibadah qurban dengan mudah apabila kita sepakat dengan adik beradik sekeluarga. Lebih mudah jika tnggal klik sahaja.

Terus terang aku katakan kalau balik bercuti di kampung Memang seronok apabila ia ngam – ngam untuk menyambut Hari Raya .

Betul orang cakap kalau kita menatap wajah Ibu dan Ayah pasti Rezeki yang hadir seperti datang mencurah – curah.

Walaupun bukan dengan nilai wang Ringgit tetapi dengan Nilai masa kita bersama orang Tua memang sesuatu yang tidak dapat digambarkan.

Malah jika setiap hari kita Berhubung dengan Talipon mana lah nak sama dengan bertentang wajah.

Paling kurang pun dapat mengambilkan sesuatu yang meraka hendaki di dapur.

Manisnya pengalaman membuat Ibadah qurban

Jujur tiga malam berturut Ahad,Isnin dan malam Hari Raya aidiladha ada sahaja  tetangga aku dikampung Seri Merlong yang membuat kenduri arwah.

Makanya rezeki makanan ada datang melimpah ruah.

Masyarakat kampung saya biasanya apabila kenduri akan meletakan nasi sepenuh – penuh nya didalam dulang.

Dengan meletakan lauk pauk seperti Ayam kicap, sambal goreng ,mee goreng dan adalah extra ikan siakap sambal. Versi nasi ambang Seri Merlong darat.

(Maklumat ini sahih semasa artikel ini ditulis. Sekarang dah lepas wawasan 2020 dah tak perasan lah macam mana versi nasi ambeng kampung saya).

Majlis tahlil arwah di Seri Merlong

Selepas membaca tahlil kami akan dihidangkan serbegini.

NAsi ambang versi kampung seri merlong darat .

Satu dulang untuk empat orang atau mukin tiga dan kami akan makan sehingga kenyang .

Biasanya yang ini tengok regu. Kalau memang kaki boko memang boleh habis sedulang.

Tapi kalau jenis yang tak gelojoh. Makan sikit – sikit jer Baki nya kita bungkus makanan itu untuk dibawa pulang.

Dekat rumah kebiasanya akan dimakan pula oleh ahli keluarga yang tidak hadir kemajlis tahlil itu.

Teringat dulu sewaktu arwah bapak aku balik membawa bungkusan makanan seperti ini beliau akan marah jika anak – anak tidak menjamah walaupun hanya sedikit ” Nasi ambang ini ada baraqah, nasi orang kenduri tahli. Takl makan sayang nasi itu, jika tidak dihabiskan” Ayat – ayat tak terkalah arwah bapak aku sewaktu ketika dahulu.

Gulai kawah Nangka Muda biasa ada kalau kenduri dikampung

Raya korban kampung aku tumbang berapa ekor ?

Jujur aku main agak tak kurang daripada 15ekor.

Tapi bukan satu tempat oleh kerana kebanyakan orang kampung aku suka buat dirumah masing – masing untuk merasakan kemeriahan Aidiladha.

Ini bermakna mereka akan menjumput jiran tetanga untuk melakukan korban dikawasan rumah yang ingin melakukan ibadah ini.

Tahun ini aku memang agak keberatan hendak pergi kerana aku rasakan cukuplah sekadar ayah dan abang aku sahaja .

Bukan apa, aku tahu ramai rakan – rakan sekapal aku yang pulang kekampung dan akan datang membantu oleh itu elok sangatlah aku hanya duduk membuat kerja – kerja dirumah sahaja , siap – siap nak balik lepas solat zohor  aku akan bertolak kembali.

Buat ibadah qurban dengan mudah

Gambar Buat korban Dekat Kandang. Kagum aku dengan Brader – Brader ini Sorang-sorang je melapah.

Buat ibadah qurban dengan mudah

Baca juga : – Tempahan ibadah kurban secara online

Tetapi nak dijadikan cerita Rezeki daging dan Tulang korban juga hadir apabila brother aku pulang.

Adalah tulang – tulang dan paling yang dia ofer untuk aku bawa pulang  kepala lembu.

Aku tolak secara baik dengan berkata “bro aku ambil gearbox dengan rusuk ni jelah yang lain kau punya hehe” .

Hehe gua memang malas nak mengerjakan lagi pun gua mana nak makan ,mata,lidah ,otak ui tekak gua masih lagi mengada -ngada untuk membenarkan organ – oragan itu melaluinya.

Jadi Apa Yang Aku Dapat Semasa Cuti Hari Raya Korban ialah aku dapat lah berjumpa dengan orang tua aku, kuliah subuh di Masjid kampung seri merlong.

Makanan yang melimpah ruah dan ops masa balik selepas aku menghulur serba sedikit wang saguhati ,emak aku adalah memberi sesampul surat yang berisi hasil daripada bahagian kebun yang telah aku warisi.

Alhamdulilah terima kasih Mak, Bapak

Anda ingin melaksanakan ibadah Qurban atau aqiqah di luar negara dengan harga yang mampu milik. Klik sekarang untuk survey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge