Panduan program maulidur Rasul yang patut kita ikuti bagi membendung penularan covid19.
Sempena kedatangan hari keputeraan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. 12 Rabiulawal pasti kita akan menyambut nya dengan penuh kesyukuran.
Tanpa hadirnya 12 Rabiulawal mana munkin kita dapat merasai nikmat hadirnya lailatul qadar.nisfu Sya’ban dan yang paling utama nikmat Islam.
Jadi sempena sambutan Maulidur rasul tahun ini yang diselubungi pendemic covid 19. Maka ada beberapa SOP yang patut dipatuhi.
Panduan Program Maulidur Rasul
1) Tiada Perarakan dan Perhimpunan di luar Masjid & Surau.
2) Penganjuran Sambutan perlu mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa.
3) Penceramah adalah bermuastatin dalam Negeri Johor dan merupakan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mempunyai Tauliah dari MAINJ dan perlu memohon kebenaran khas program dari MAINJ.
4) Penceramah luar dari Negeri Johor adalah tidak dibenarkan walaupun mempunyai Tauliah MAINJ.
5) Syarahan yang disampaikan tidak boleh melebihi 1 jam.
6) Jumlah kehadiran tidak boleh melebihi 1/3 dari kapasiti Masjid dan surau dan SOP sentiasa perlu dipatuhi.
7) Golongan berisiko berpenyakit, kanak-kanak bawah 12 tahun dan Warga Asing tidak dibenarkan menyertai program.
8) Tiada Jamuan makan secara duduk beramai-ramai. Jamuan hendaklah bungkusan untuk dibawa pulang.
9) Aturcara Majlis Maulidur Rasul hanya dihadkan kepada
- Bacaan Al-Quran
- Berzanji
- Berselawat beramai-ramai
- Bacaan Doa
- Ceramah tidak melebihi 1 jam
- Edaran Bungkusan Jamuan sebelum bersurai.
Objektif ketetapan garis panduan program Maulidur Rasul ini adalah bagi mengurangkan resiko penularan wabak pendemik Covid19.
Wallahuallam.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
Baca juga:- Panduan Majlis Khatam Al-Quran
Yaaa demi keselamatan semua..
Rindunya nak pi mesjid makan berdulang dengan kengkawan macam dolu-dolu…
Sis Lin recently posted…WORDLESS WEDNESDAY – SUP TULANG MERAH GEARBOX