Senarai harga komponen suis utama dirumah.

Senarai harga komponen suis utama

Okeh hari ini saya sengaja nak berbincang tentang senarai harga komponen suis utama untuk tukar ganti sebuah papan agihan utama di rumah.

Dalam bahasa buku kita sebut kotak papan agihan, tetapi biasanya orang akan sebut “DB” sahaja. (Distribution Board)

Anda boleh memilih untuk mengunakan DB besi ataupun DB PVC. bergantung kepada kesesuaian pengunaan nya.

Jenis DB box

Tetapi dirumah biasanya orang akan memasang jenis PVC. Dan jika DB terletak ditempat yang tersorok seperti store bawah tangga barulah berkemungkinan kontraktor akan memasang jenis besi.

Ini semua bergantung kepada budget mahaupun harga pasaran semasa kotak agihan.

Okeh mari kita berbincang tentang harga penukaran sebuah kotak agihan tanpa melakukan sebarang tambahan pendawaian.

Harga yang biasa kita akan dikenakan disekitar RM550.

Senarai harga komponen suis utama
Contoh lukisan untuk pemasangan lampu dan kipas untuk sebuah rumah kos sederhana 3 bilik

Harga ini akan termasuk dengan:-

Sebuah kotak agihan baru – 12way
Suis utama 40Amp atau MCB 2pole 40Amp
ELCB untuk “protection jika ada kebocoran dibumi ilai yang disyorkan 2pole 40/100mA.
MCB OUTGOING
1Pole 6Amp = 3biji (litar lampu dan kipas)
1Pole 20Amp = 4biji (litar socket outlet)

Senarai harga komponen suis utama
Contoh litar berdasarkan sebuah rumah kos sederhana

Senarai harga komponen suis utama

DB BOX 14 WAY – RM14 (SURVEY SINI)
MCB 2P – RM43 (HAGER) – SURVEY SINI
MCB 1P – RM8 (HAGER) – SURVEY SINI
ELCB 2P – RM68 (HAGER) – SURVEY SINI

Harga tidak semestinya sama seperti apa yang saya paparkan. Anda boleh sahaja survey dari pautan yang saya beri . Atau terus ke kedai elektrik yang berhampiran dengan kediaman anda.

Surge protector untuk keselamatan alatan elektrik jika berlaku kilat menyambar. Optional kerana harga yang agak tinggi dan jarang sekali kontraktor domestik memasangnya jika tiada permintaan. Jika mahu anda perlu membayar lebih daripada biasa.

Aksesori lain seperti MCB bar dan juga blank plate untuk menutup lubang MCB yang tidak terpasang.

Semoga perkongsian saya bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Baca juga :-Panduan sebut harga pendawaian elektrik terkini

6 thoughts on “Senarai harga komponen suis utama dirumah.

  1. wow..senang dah ada senarai harga DB boleh la compare dengan harga kat kedai untuk sesiapa yg suka survey dlu…klo rasa malas nak compare klik je dah boleh terus beli..tak payah susah2 nak cari kat kedai..semua dh de kat hujung jari jer..tinggal follow spec je.. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge