Semalam rakan saya ada bertanya saya tentang mana nak cari Homestay.atau ada tak tempat untuk Download percuma Senarai Homestay .
Macam biasalah saya akan tanya kembali, Area mana yang kamu mahu, tarikh nya bila, budget berapa, Berapa orang dan macam – macam lagilah.
Dan tak lupa juga saya sugest jugalah duduk hotel kalau setakat dua tiga orang.
Maklumlah saya memang ada kitab untuk mendapatkan hotel harga murah.
Nak dapatkan Kitab Hotel murah, Klik SINI.
Lagi lah sekarang musim Convid 19. Lagi lah banyak diskaun tak masuk akal.
Jadi bersiap sediakah anda untuk tinggal di hotel.
Waktu sekarang ini memang berbaloilah, Cuma kalau duduk kenalah berhati – hati.
Menginap di hotel, Berhati – hatilah dengan kebersihan alatan yang disediakan.
Cuci kembali perkakas jika nak digunakan. Jangan percaya sangat. Walaupun nampak bersih, tetapi belum pasti lagi.
Termasuk saya , saya juga memang suka beli air kotak besar masuk peti sejuk. lepas mandi manda kena air kotak epal campur jeli fuh.. Nikmat.
Boleh tidur walaupun tengah layan TV.
Tetapi itu semuanya tidak mampu untuk menarik perhatian rakan saya.
Mereka kata , setakat ini nak duduk homestay jelah.
Lagipun homestay banyak pemiliknya orang kita.
Kebersihan dan kesucian nya, memang tidak ada was – was lagi.
Lagi pun kalau bawa , dua tiga keluarga adik beradik . Tuan punya homestay tak berapa nak bising.
Siap ada yang selit toto lagi.
Ramai yang tahu yang duduk homesaty sehari dua ni, biasanya nak ziarah keluarga, ada kenduri kendara. mahupun sekadar nak mandi manda dekat waterpark yang berhampiran.
Tapi itu yang malas nak banyak songeh. apa yang penting bagi mereka . masuk seperti itu keluar dari homestay mestilah seperti itu.
Takde yang patah, barang yang pecah. perabot yang beralih.
Lagi cantik semua sampah dah siap dibuang dekat tong besar diluar.
Serius guys, Bisnes Homestay memang menguntungkan.
Download percuma Senarai Homestay
Tapi kalau kena yang tegas. Nasib korang lah. Pasti pemiliknya ada sejarah atau alasan yang tersendiri.
Okeh olah kerana saya tak nak menghampakan harapan rakan saya , terpaksa jugalah saya bagi senarai untuk Download percuma Senarai Homestay .
Free je ebook ini, Tak payah beli. Zaman dulu kalau nak tahu poskod sesuatu kawasan, pun kena beli buku poskod dekat pejabat pos.