Emergency light terbaik untuk rumah anda.

1
674

Emergency light terbaik untuk rumah anda yang anda harus ketahui dan pentingnya lampu ini dimasa – masa kecemasan.

Pendawaian asal rumah yang kita miliki biasanya tidak disertakan dengan point emergency light.

Pemaju biasanya akan menyediakan point – point asas seperti lampu dan juga kipas.

Untuk yang lain anda perlu menambah sendiri point tersebut. Antara point yang perlu anda tambah termasuklah dengan Aircond , Water heater dan juga emergency light.

Emergency light, walaupun nampak remeh tetapi ia sebenarnya sangat berguna diwaktu black out.

Tidak kiralah black out disebabkan bekalan TNB. Ataupun blackout disebabkan kerosakan litar yang kekadang akan berlaku.

Kerosakan ini biasanya disebabkan serangga perosak atau disebabkan work manship yang tidak mencapai standard.

Memang tidak dinafikan biasaannya lampu ini jarang dipasang dirumah-rumah.

Dan memang kebanyakkan tuan rumah tidak mahu memasang kalau pun dicadangkan oleh kontraktor atau wireman. (nak jimat atau mereka rasa tak penting).

Tapi ada juga tuan rumah dan kontraktor yang memang tidak terfikir untuk memasangnya. Disebabkan tidak ada perancangan teliti semasa proses ubah suai.

(Penting nya lakaran awal, bill of Quantities dan perbincangan secara terperinci antara kontraktor dan owner bagi mengetahui apa yang perlu dan apa yang tidak supaya tidak ada percangahan di kemudian hari).

Kuantiti “Emergency Light”

Satu dah cukup. Yaa, satu dah cukup bagi sebuah rumah.

Lampu ni hanya perlu dipasang pada ruang tamu atau ruang dimana anda sekeluarga boleh berkumpul jika rumah anda blackout.

Pasang lebih pun tidak rugi, Seperti di dapur koridor laluan mahupun di ruangan hadapan pintu masuk bilik air atau terus sahaja pasang satu dibilik air. Mana tahu ia akan berguna dimasa hadapan.

Tak rugi pasang lampu ni, tambahan pula sekarang ini kebanyakkan “emergency light” dari jenis LED dimana ianya “Free maintenance” dan tahan lama berbanding jenis yang sebelumnya.

Emergency light terbaik untuk rumah

Contoh emergency light yang biasa dipasang dirumah kita.

Specifications
Model PEL-18 LED
Mode Non-maintained
Weight 0.98 kg (PEL-18LED) / 1.6 kg (PEL-28R-LED)
Battery 3.6V 1.0AH Ni-cad
Housing EG steel with powder coated paint, acrylic diffuser
Charger Constant Current
Mounting Surface or Recess mounted on ceiling
Dimension 360 L x 110 W x 70 H (mm) PEL-18LED
410L x 165 W x 100 H (mm) PEL-28R-LED
Monitoring Red LED “ON” indicates charging.
Equipped with push test switch to simulate power failure
Compliance SIRIM MS 619-2-22:2005. MS IEC 60598-1:2012
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Certified.

Maklumat lanjut klik sini – PNE PEL-18LED EMERGENCY LIGHT

Baca juga:- “nota pendawai elektrik”

Jika tiada point untuk lampu kecemasan adna boleh juga membeli portable ” emergency light”.

Sekarang ini memang banyak yang terjual di pasaran dan jangka waktu bateri lampu ini boleh bertahan sehingga 12jam bergantung kepada jenisnya.

Antaranya seperti ini :-  20W USB Rechargeable Portable High Bright Emergency Lamp

Maklumat lanjut boleh urvey dari sini :-  20W USB Rechargeable Portable High Bright Emergency Lamp

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge