Nota asas elektrik

0
568
Nota asas elektrik

Nota asas elektrik ini adalah antara artikel yang mula saya muat naik di rangkaian blog saya.

Sengaja saya ungah disini supaya, jika ada pegunjung yang datang mencari maklumat akan terus dapat pautan yang saya telah sediakan.

Pautan nota Asas Elektrik: –

Baca juga – Panduan membeli power tools untuk kontraktor baru

Contoh pendawaian untuk starter motor

Daripada sumber Wikipedia.

Kilat menyambar tatkala hujan lebat pada waktu malam.

Tenaga tersebar dalam bentuk cahaya apabila aliran arus elektrik yang kuat mengalir menerusi atmosfera Bumi. Elektrik (Tulisan Jawi: ايليكتريق) ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan.

Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik.

Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.

Kilat dan petir

Keupayaan elektrik (selalunya dirujuk sebagai voltan) – tenaga keupayaan per unit cas yang berkait dengan medan elektrik statik.

Arus elektrik – pergerakan atau aliran zarah-zarah bercas elektrik.

Medan elektrik – medan yang terdapat di sekeliling objek yang bercas.apabila terdapat objek bercas lain yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.

Tenaga elektrik – tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.

Kuasa elektrik – kadar penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain, seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat).
Cas elektrik – sifat asas terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat menghasilkan medan elektrik.

Nikola Tesla
Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok bahan-bahan tertentu seperti ambar pada kain bulu. Perkataan “elektrik” itu sendiri dicipta daripada istilah bahasa Latin Baru electricus (“seakan ambar”) daripada kata akar bahasa Yunani iaitu ἤλεκτρον elektron yang bermaksud “ambar” merujuk kepada sifat ini.[1]

Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19.

Walaupun “rekaan” terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini.

Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (1791–1867), Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta (1745-1827), André-Marie Ampère (1775–1836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.

Previous articlePanduan aksesori GI conduit
Next articleTips membeli sebuah freezer
Blog onlajer telah mula bersiar pada tahun 2012. Blog ini asalnya banyak bercerita tentang nota pembelajaran elektrik fasa satu. Dari situ ia terus berkembang menjadi blog teknikal lifestyle yang jarang - jarang anda baca. Semoga perkongsian yang di muat naik blog onlajer dapat memberi manfaat kepada pembaca sekelian. Sebarang maklumat yang ada disini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis . Dan ada juga blog post yang diterbit mengandungi maklumat yang diambil dari laman web yang akan dinyatakan pada artikel tersebut. Sebarang maklumat yang diguna pakai adalah tertakluk kepada risiko anda sebagai pembaca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here