Fadhilat doa akhir tahun dan awal tahun

0
421

FADHILAT DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (Akhir waktu Asar penghujung tahun Hijrah). Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali. Barang siapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.

FADHILAT DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun Hijrah dibaca selepas menyempurnakan Sembahyang Fardhu Maghrib awal tahun Hijrah. Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali. Barang siapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal umurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah Taala telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH DALAM BAHASA MELAYU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu.

Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

DOA AWAL TAHUN HIJRAH DALAM BAHASA MELAYU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selamalamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan koncokonconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepadaMu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here