Harga sebotol minyak masak yang patut dijual dipasaraya

Semasa saya menulis artikel ini harga semasa untuk satu ton kelapa sawit berharga RM600. Turun RM200 selepas ramai rakyat yang terkesan dengan peningkatan harga minyak masak yang mencapai harga tertinggi RM34 untuk lima kilo mengikut pa yang diceritakan di dalam media sosial

Dakyah ini juga dikuat kan dengan kualiti minyak masak polybag 1kg yang didakwa menggunakan minyak kitar semula.

Sedangkan kualiti minyak masak itu setanding dengan minyak masak yang dikeluarkan oleh jenama terkenal.

Jika kempen minyak polybag tidak berjaya. Mereka akan memulakan dengan kempen minyak polybag susah nak dapat.

Pelik juga pasaraya boleh kehabisan minyak masak 1kg. Munkin memang ramai yang akan pergi ke pasaraya besar berbanding kedai runcit Hj Abar. Maklumlah kedai runcit memang tak boleh nak lawan harga di pasaraya. Mereka beli pukaldisebabkan banyak cawangan. Kedai runcit cukuplah sekadar satu, dua karton habis baru top up dari orang tengah yang akan datang membawanya sampai di depan kaunter.

Nasihat saya pergi sahaja kedai runcit disekitar atau yang berdekatan dengan anda. Pastinya anda akan jumpa. Tak kesahlah walaupun satu keluarga hanya dapat dua. Yang penting ada dengan harga yang sama RM2.50 sekilo.

Harga sebotol minyak masak
Gambar hiasan:- Celok gambar FB teman saya – Dia tulis dipasaraya.

Semoga tiada tangan ketiga yang memanipulasi keadaan semasa ini untuk keuntungan peribadi. Maklumlah kilang minyak tu kebanyakan nya kroni. Kalau tak salah Seri Murni dan Neptune berasal dari kilang yang sama di Pasir Gudang.

Mengikut pandangan kasar saya sewaktu menjadi buruh sambilan dikilang pembungkusan minyak masak ini. Proses dan warna minyak yang sama akan dibotolkan mengikut jenama yang berlainan.

Dan apa yang saya faham tangki simpanan mereka juga sama. Tiada gred yang lain. Kecuali mereka ada melakukan tambahan proses untuk menjadikan minyak lebih jernih dan lebih tahan lama dari biasa.

Kita pun sebenarnya tidak tahu harga sebotol minyak masak yang diimport itu dijual dengan unit apa kilo atau liter. Malah kualiti nya juga kita tidak tahu sama ada sama atau lebih baik.

Sekali tapis atau sepuluh kali tapis

Berbanding minyak masak dari sumber kelapa sawit atau dari sumber soya, jagung ataupun bunga matahari.

Anda sendiri boleh lihat di rack pasaraya tentang perbezaan harga tersebut.

Anda yang ada kuasa untuk membeli. Anda berhak untuk mendapat kan harga yang anda rasa berbaloi untuk anda belanjakan.

Harga Satu ton kelapa sawit cukup-cukup makan berbanding isu Harga Sebotol minyak masak

Munkin ada yang tidak senang melihat pekebun kecil kelapa sawit dibela oleh menterinya untuk meningkatkan taraf pendapatan disebabkan kan menteri yang terdahulu gagal membelanya.

Sedangkan mereka tidak tahu kebun kecil juga perlu dijaga

Membaca, meracun, mengemas dan seterusnya memetik. Semuanya perlu kudrat. Jika tidak mampu terpaksa lah upahkan kepada orang lain dengan mengikut harga pasaran RM100 untuk upah petik dan mengeluarkan ketepi jalan.

Harga munkin akan lebih mahal sedikit jika kebun kecil anda lebih jauh dan lebih semak dari kebun orang lain.

Perbandingan Harga Minyak mengikut sumbernya

Harga sebotol minyak masak

Semak harga terkini dari sini – Minyak masak saji

Harga sebotol minyak masak

Semak harga terkini dari sini – Minyak masak Canola

Harga sebotol minyak masak

Semak harga terkini dari sini – Minyak masak MEDELLA Coconut Cooking 

Harga minyak masak botol memang tak akan jumpa lagi seperti lima tahun yang lepas. Bawah RM20. Jika mahu boleh lah kembali kan dengan kempen BMF.

Untuk kita sebagai rakyat marhean yang hanya bergantung kepada income gaji bulanan dari majikan saya berharap supaya sentiasa ber Jimat cermat pasti akan selamat.

Frasa yang selalu diulang-ulang oleh ibu saya untuk anak- anak hingga kecucunya.

Buat seketika waktu pkp hingga ke era fasa, berjimat cermat lah. Beli apa yang perlu. Jangan berbelanja secara melulu apa yang tidak perlu tunggu dulu. Walaupun kita sudah terbayang BMW.

Semoga perkongsian isu Harga sebotol minyak masak yang patut dijual dipasaraya ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge