Percutian ringkas saya dan keluarga era pandemik covid-19

6
142
Percutian ringkas era pandemik covid-19
Kita tunjuk jer apa yang anak - anak suka untuk holiday.

Wabak pendemik covid 19 memang boleh dikatakan sangat menjengkelkan untuk kehidupan kita semua. Seperti wabak ini menjadi satu serangan biologi yang tersebar diseluruh dunia.

Ramai yang sangat terkesan, Dari pendidikan, perniagaan mahupun pekerjaan yang melibatkan perhimpunan fizikal semuanya tidak berjalan dengan lancar disebabkan oleh SOP penjarakan fizikal yang sedang dikuat kuasakan bagi mengekang penularan wabak ini.

Natijahnya saya dan keluarga tidak dapat untuk memenuhi rutin kalender tahunan kami yang suka pergi berjalan – jalan.

Bukan untuk menunjuk – nujuk dimedia sosial tetapi kita memberi semangat atau peringatan untuk rakan – rakan kita supaya ambil masa kita untuk riadah keluar pergi bermusafir melihat keindahan ciptaan tuhan. Niat untuk ziarah kebaikan juga akan mendapat ganjaran pahala.

Munkin tulis saya tidak berfakta tentang pahala ziarah. tetapi jika difikirkan kita mengembirakan keluarga kita dengan kita mengeluarkan belanja untuk bercuti, melancong duduk hotel, mandi manda dengan wang yang kita cari pastinya akan digani dengan yang lebih baik.

Tak suka kah anda jika melihat anak – anak dan isteri menunjukan riak kegembiraan dan dalam kegembiraan itu akan terselit doa untuk kita. Munkin jarak percutian dengan rumah kita tidak bergitu jauh. Namun kalau dah namanya duduk dekat hotel mana tak keluarga kita tak gembira.

Percutian ringkas era pandemik covid-19

Sebagai contoh kitra carilah hotel dekat – dekat . Cari hotel yang mewah sikit , pasal dah dekat tambang pun murah. Boleh absorb duit tambang untuk budget hotel yang harganya mahal sikit ataupun munkin budget tambang boleh bertukar kepada budget makan sedap – sedap semasa percutian ringkas anda.

Sebagai Contoh korang yang duduk dekat – dekat dengan Port Dickson boleh sahaja survey – survey hotel seperti  Grand Lexis Port Dickson.

Percutian ringkas era pandemik covid-19
Boleh lah berendam samapi kecut di Grand Lexis Port Dikson

Salah satu tempat yang saya rasa cukup dengan kemudahan kita sekeluarga. Dah sewa hotel tak kan nak jalan tempat lain oi. Buang waktu sahaja. Kita guna kan sahaja kemudahan mereka secukup rasa. Tukang drive biasa dah samapi tempat rasa penat nak tidur dengan aircond dan katil empuk. Selepas sejam berehat atau tertidur ajak lah anak – anak dan wife yang leka main handphone mandi manda dekat swiming pool. Malam makan sahaja dekat Restoren mereka ini. Setiap masa yang ada kita habiskan sahaja dekat Grand Lexis Port Dickson. Baru rasa setiap RM yang kita keluarkan tidak rugi . hihihi. Esok lepas check out boleh singah dekat nilai 3 shopping.

Kalau dekat Kuala Lumpur memang lah lagi berlambak. Kita boleh jer mencuba Staycation KL. Tak perlu pening -pening cari tempat lain. Ambil sahaja yang dekat – dekat walaupun sekadar Staycation KL sekuarang nya dapat lah merehatkan minda yang tengah sarat disebabkan sudah terlalu lama terkurung dikawasan sendiri.

Percutian ringkas era pandemik covid-19
Memang nak kena tunjuk kolam jer. Salah satu kolam diJalan Bukit Bintang.

Nak pergi masjid pun kena ada kuota. Tu yang kadang tiba hari Jumaat ada yang salah anggap. Kenapa asyik orang ini sahaja yang dapat pergi. Mesti guna Kuota imam dan pengerusi. Maklumlah mereka kenal Imam, bilal dan pengerusi sahaja. Ajk yang lain depa tak kenal. Sebab tu lah time Jumaat ramai yang nampak muka sama sahaja yang masuk pintu pagar masjid. Mereka ini lah pegawai dan ahli jawatan kuasa yang mentadbir dan menguruskan masjid.

Dan saya nak juga cerita . Apabila kita bercuti masukan lah sekali agenda Ke Masjid untuk keluarga kita sebagai satu didikan. Apa yang kita perolehi semuanya dai nya apa salahnya jika sampai waktu kita menunaikanya dirumahnya. Dan jika selami lebih dalam. Masjid juga boleh dijadikan salah satu tempat yang kita patut ziarahi bukan sekadar untuk beramal ibadah tetapi kita boleh lihat seni binanya. Ala – ala orang pergi umrah melihat keindahan seni bina sambil beribadah tak gitu.

Nak rasa lagi indah boleh juga pergi  Pangkor Laut Resort. Boleh rasa naik feri. Walaupun orang kata tempat ini mahal sikit tapi kalau nak berbulan madu yang telah tertanguh . Tak salah pun memang boleh dating dekat pantai persendirian. Tak de yang akan mengangu. Maklumlah dah sah suami isteri. Lagi lah kalau dah bawa tiga, empat orang anak. Boleh tunjuk skil anda berenangdekat tepian pantai. Walaupun anak – anak seperti suka main pasir ditepi pantai. Percayalah mereka akan berlari kepool Hotel untuk mereka memuaskan hati untuk mandi manda. Munkin anda boleh cadangkan rakan – rakan anda yang baru sahaja berumah tangga untuk menikmati suasana damai Di Pangkor Laut Resort ini.

Percutian ringkas era pandemik covid-19
Pantai di Pangkor Laut Resort

Semoga perkongsian percutian ringkas saya dan keluarga era pandemik covid-19 bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge