Idea Perniagaan Mengunakan Kontena Korang mesti dah baca tentang rumah kontena kan.
Lebih – lebih lagi dekat TV juga sudah menyiarkan ada individu yang mengunakan kontena untuk dijadikan tempat tinggal.
Lengkap dengan kemudahan asas nya seperti tempat tidur,Ruang tamu,Dapur dan juga tandas.
Ya munkin anda juga pernah melihat orang menjalakan perniagaan dengan mengunakan kontena.
Tetapi anda jangan silap munkin kedai itu mengunakan kabin. Perbezaan cukup ketara kerana dari segi binaan kontena lebih kukuh.
Jika berlaku pelangaran kontena tidak akan mengalami kerosakan yang teruk, berbeza sekali dengan kabin.
Jadi dari segi ketahanan , kontena adalaha lebih kukuh daripada sebuah Kabin.
PERBEZAAN CABIN DAN KONTENA.. Yang anda perlu tahu..
CABIN dan KONTENA tidak sama.
CABIN adalah binaan menggunakan Mild Steel Hollow frame, dan menggunakan dinding daripada metal sheet.
Jangka hayat cabin adalah di antara 3 hingga 7 tahun mengikut spesifikasi dan penjagaan
KONTENA adalah diperbuat daripada campuran alloy keluli tahan lasak yg dikenali sebagai corten steel.
Kontena boleh bertahan sehingga 150 tahun.
CABIN mempunyai 2 jenis :
Cabin light duty (LD)
Cabin heavy duty (HD)
Saiz cabin :
-10′ x 10′ x 8’5″
-20′ x 10′ x 8’5″
- 30′ x 10′ x 8’5″
-40′ x 10′ x 8’5″
-sebarang saiz yang di kehendaki
Manakala KONTENA mempunyai 2 jenis :
Kontena High Cube atau HC ( ketinggian 9’6″)
Kontena General Purpose atau GP (ketinggian 8’6″)
Saiz kontena :
-20′ x 8′ x 8’6″
-40′ x 8′ x 8’6″
-40′ x 8′ x 9’6″
Semoga info ini berguna untuk anda semua. supaya tidak lagi keliru antara Cabin dan Kontena.
Okeh aku juga ada sedikit idea untuk menjadikan kontena sebagai kedai mini untuk menjalankan perniagaan.
Motorola Juga mengunakan Kontena
Untuk Idea perniagaan Tentang perniagaan apa, terpulanglah kepada anda ingin menjalankan perniagaan apa nak buka mini market ,kedai jahit atau kedasi makan.
Idea gilanya nya pacak dekat tanah rizab. biasanya berhampiran dengan tali air.
Buka warung. Jual Abc dan goreng – goreng.
Buka mini market, sasaran jual jajan, surat khabar, buah potong dan Rokok ( terpaksa tulis juga walaupun majlis fatwa dah kata haram)
Buka kedai bundle – Tak reti sangat tapi panduan ada dekat sini… Projek bundle kelas A
Modal keras boleh bisnes Homesaty – Idea gila saya apabila mula bisnes homestay.
Yang penting anda mahu Menjadi Seorang Usahawan Berjaya.
Tetapi apabila nak memulakan perniagaan pasti ada sahaja yang menjadi suatu beban.. Banyak sangat kerisauan yang bermain difikiran.
Antara cerita motivasi nya..
Seringkali kita mengalami nasib yang tidak menguntungkan dan tak menyebelahi, kita akan menyalahkan orang lain atas apa yang telah berlaku. Ini tidak dapat dinafikan.
Mungkin memang benar, kegagalan yg dilalui terlalu jelas dan tak perlu diterangkan dengan kata- kata bahawa ia disebabkan oleh pihak lain dan bukan diri anda sendiri.
Disebabkan itu, kita terus menyalahkan orang lain.. kalau bukan sebab dia yang buat macam ni.. atau buat macam tu maka pastinya masalah ini takkan timbul. Inilah ayat dalam fikiran kita yang akan berulang- ulang.
Dari satu segi pula, kita akan pula mula menyalahkan diri sendiri. Kalau lah aku tak terlalu percayakan dia.. kalau aku buat begini dan tak buat begini.. ini semua disebabkan oleh kebodohan aku.. membiarakan diri dipermain- mainkan oleh orang lain..
Demikian kata- kata yang melemahkan yang terus berkumandang dalam diri anda…
Pernah tidak anda melalui situasi seperti ini? atau anda sendiri sedang melaluinya..
Jadi, bagaimana sepatutnya kita menangani masalah ini? Bagaimana mengelakkan diri daripada membuat kesilapan seperti ini.
Bagaimana mengelak daripada terus menyalahkan orang lain dan diri sendiri. Secara jujur saya percaya kesilapan banyak berpunca daripada diri sendiri.
Pertamanya, kita tak tegas dalam membuat keputusan. Kenapa kita tak tegas dalam membuat keputusan?
kerana kita terlalu menjaga perasaan orang lain.
Bila menjaga perasaan orang lain kita akan lebih cenderung membuat kesilapan dengan mempercayai bahawa orang lain juga bersikap seperti kita.
Terlalu mempercayai sehingga diambil kesempatan dan sebagainya.
Oleh itu, salah satu prinsip yang saya belajar adalah mengingatkan diri untuk berpendirian bahawa yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.Jika telah berjanji, tunaikan janji tersebut kecuali ianya mustahil untuk dilaksanakan.
Pegang prinsip berani kerana benar walaupun kenyataannya pedih dan menyakitkan hati orang lain atau diri sendiri.
Dengan cara ini, anda akan membuat keputusan yang lebih bijak dalam banyak hal.
Yang keduanya, setiap permasalahan yang anda lalui, pasti ada sesuatu yang anda boleh belajar daripada masalah tersebut.
Oleh itu, bersyukur dengan apa yang berlaku dan fikirkan apa pengajaran yang ada perolehi daripada masalah itu.
Salah satu pengajaran yang saya belajar dan saya kongsikan dengan anda semua pada hari ini adalah “ambil iktibar: sentiasa berani kerana benar”.
Okeh semoga perkongsian ini bermanfaat.