Tahu tak anda? Jual maggi untung gila di shopee.
Apa nak jual maggi dekat shopee. Dekat pasaraya berhampiran berlambak kalau orang nak beli maggi.
Itu munkin dari kotak pemikiran kita. namun fikiran orang munkin lain. Kenapa nak beli online sedangkan nak beli maggi senang jer.
Purata setiap hari mesti ada sekali kita lalu dihadapan kedai runcit.
Tinggal singah dan beli sahaja . Balik rumah dah boleh masak dengan pelbagai bijih seperti telur, daging mahupun sotong atau udang.
Belasah jer janji menepati cita rasa kita.
Bukan nya masak sewaktu kita duduk hostel. Zaman hostel kita rendam jer maggi tu dengan air panas.
Rasa pun tetap sedap walaupun bukan maggi cup.
Orang kita bukan nya boleh kira. kalau time tu nak makan dia akan cuba untuk mendapatkanya.
Kedai mamak maggi rebus , telur sebiji sayur sawi selembar. RM4.50 semangkuk rilex jer kita bayar.
Kalau letak ayam boleh jejak sampai RM6.50.
Jadi tak perlulah kita nak heran apa produk sekali pun . walaupun dekat sangat dengan kita. kita boleh dapat.
Dekat online pun kita akan beli.
Munkin kita rasa murah, rasa berbaloi walaupun setelah dicampur dengan duit pos.
Terpulang lah kita nak rasa apa yang penting . pembelian diatas talian masih mendapat perhatian.
Malah munkin lebih laris daripada yang terjual dari permis perniagaan kita.
.
Pemilik perniagaan sekarang pun sudah menambah perkhidmatan mereka dari off line ke online.
Mereka pasarkan juga jualan mereka pada halaman jualan popular seperti di lazada dan shopee.
Malah ada yang membuat live difacebook secara berkala untuk mempromosikan produk mereka.
Tak salah lah semua tempat media sosial akan dijadikan flatform untuk beriklan.
Dan untuk jangka masa panjang medium blog digunakan supaya ranking kedai mereka akan lebih tinggi daripada pesaing mereka yang hanya mengunakan kaedah konvesional.
Baca juga:- Langkah terbaik mengatasi masalah kedai shopee yang sendu
Resepi Maggi Kari Udang
1 bungkus maggi kari
3 Ekor udang ( Lagi best 5ekor)
1 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dihiris nipis
2 biji cili padi dibelah
1 sudu besar minyak untuk menumis
2 1/2 cawan air
Cara nya seperti biasa tumis bawang besar dan bawang putih.
Agak naik baunya. masukan udang dan cili padi.
Tambah air , masukan perencah maggi tunggu mendidih, masukan mee dan kacau.
Masaklah lebih kurang dua minit. Kalau saya , saya suka mee maggi nya sedikit keras dan kenyal.
Tidak lembik. tidak terlampau kembang. Selepas masak hidangkan.
Nak tambah kenyang bubuh lah nasi sejuk sesenduk. pasti padu.
Biasanya maggi ini juadah makanan balik kerja.
Waktu belum sempat nak masak apa – apa tetapi perut sudah berkeroncong.
Meniaga runcit untung gila di shopee
Mudahkan mereka. sekarang offer mereka dengan hot item .
Boleh buat delivery sendiri jika dekat dengan kawasan anda.
Nak belajar meniaga di shopee. Cari rujukan yang betul.
Contohnya seperti di website bisnes shopee.
Disana anda akan diajar untuk bermula.
Step by step.
Antara perkara-perkara penting.
Cara mendaftar dan set kedai anda!
Sama ada menggunakan apps atau browser di komputer!
Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda!
Tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang mahu dimasukkan serta apakah bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh anda gunakan!
Cara nak menguruskan order
6 Langkah Setel Problem Barang Tak Sampai/ Rosak!
Ya! Dari beratus-ratus barang yang kita hantar kepada pelanggan, mungkin akan ada 1-2 yang rosak atau gagal diterima oleh pihak pelanggan! Jadi, disini saya share langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan cool down serta tidak meninggalkan bad rating di kedai anda!
4 Teknik Promosi yang boleh anda gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai anda ke tahap maksimun agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk anda!
Anda masih tiada produk untuk dijual?
Ha yang ini paling best dekat atas tadi saya dah bercerita serba sedikit.
Produk anda sebenarnya dimana – mana.
Tinggal rajinkan diri usha – usha dekat pasaraya yang murah.
Untuk info lanjut tentang perniagaan shopee , sila layari bisnesshopee.com
.