Kebaikan makanan disimpan beku

1
1000
Kebaikan makanan disimpan beku

Saya biasa dengar makanan yang disejuk beku adalah makanan tidak sihat.

Sebenarnya ia terletak kepada jenis hidangan dan bahan dibekukan.

Tak salah pun nak membeli dan memakanya , cuma kita perlu kawal pengambilanya.

Kalau makanan diproses seperti Nugget, sosej, kentang dan makanan segera lain, ia semestinya tidak sihat.

Nutrisi makanan terjejas apabila dibekukan.

Pembekuan tidak menjejaskan kalori, kandungan serat atau jumlah mineral.

Ia mungkin berbeza daripada kandungan vitamin seperti folat dan vitamin C.

Tetapi, kebanyakan nutrisi masih kekal selepas beku. Begitu juga untuk jumlah lemak, protein, karbohidrat atau gula.

Cuma keadaannya ialah cecair dalam produk makanan itu berubah.

Cerita saya menyediakan makanan frozen

Saya dan isteri juga meyediakan berberapa jenis snack untuk di masak atau digoreng pada waktu hari berkerja kami.

Hujung minggu kami akan sediakan snack seperti karipap, popia mahu pun bergedil untuk kami sejuk beku kan.

Tidak lupa juga cili kering yang yangkami kisar untuk memudahkan kami untuk memasaknya.

Semuanya kami simpan didalam peti sejuk dan biasa kami setkan dalam 3°C.

Untuk peti sejuk saya syorkan Samsung Refrigerator Fridge 620L Top Mount Freezer with Twin Cooling Plus

Manakala Ayam dan daging juga kami akan beli seminggu seKali dalam kuantiti yang agak banyak untuk kegunaan seminggu.

Semuanya kami siap – siap bersihkan dan asing asingkan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

Untuk ikan dan daging memamang akan diletak pada freezer.Sejuk beku.

Untuk keluarga besar seperti saya memiliki unit peti sejuk beku dan peti sejuk biasa adalah kemestian disebabkan ia lebih menjimatkan masa untuk tidak kerap pergi kepasar dan semuanyua boleh diuruskan dalam satu masa.

Walaupun ada yang kata Kesegaran dan kualiti berbeza apabila dibeku.

Sebenarnya bekukan makanan bagi produk daging dan makanan laut adalah terbaik.

Berbanding ditangkap segar dan dibiarkan lama di luar pada suhu bilik, kualiti atau kesegaran akan terjejas serta-merta.

Selain itu, seperti ayam diletakkan terlalu lama pada suhu bilik boleh mengundang bakteria berbanding diletak dalam suhu lebih rendah atau beku.

Kebaikan makanan disimpan beku

Ada beberapa tip mudah untuk beku makanan segar.

  1. Buah-buahan sebaiknya dipotong kecil dan diletak dalam pek kecil sebelum dibekukan.
  2. Bagi sayur-sayuran ada dua kaedah:

i. Rebus dan jadikan stok bubur sayur atau pes dalam sup tertentu.

ii. Masukkan dalam air mendidih satu hingga dua minit dan kemudian rendam dalam air ais. Toskan dan simpan dalam plastik zip makanan. (kaedah ‘blanching’)

  1. Daging, ayam dan ikan mentah boleh dicuci kemudian dibekukan untuk penyediaan mudah. Boleh juga diperap dengan bahan masakan sebelum dibekukan.

Jadi semuanya terpulang untuk anda fikirkan bagaimana nak mengurus masa atau juga kos yang perlu anda tangung untuk mempraktikan apa yang saya kongsikan ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

1 COMMENT

  1. Saya masuk dalam freezer…memang beli khas untuk simpan beku, sebab kalau suami memancing bawa balik ikan, dah tak muat nak masuk semua…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge