Muat turun Panduan Solat Aidilfitri

2
1728
Panduan solat aidilfitri

Alhamdulilah syukur sudah tidak berapa lama lagi umat Islam akan menyambut kehadiran Syawal. Tanda kemenangan umat Islam berpuasa melawan nafsu ketika Ramadan.

Kesyukaran tidak terhingga kerana waktu Ramadan ini banyak kelebihan dan rahmat yang turun untuk umat junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Dimana di era covid19 ini kita perlu patuh kepada arahan pemerintah dan mengikuti SOP yang telah dikeluarkan.

Oleh itu saya juga ingin berkongsi panduan solat aidilfitri bagi kemudahan anda sekeluarga.

Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk anda semua.

Panduan solat aidilfitri

Rakaat pertama

  1. Takbiratul Ihram serta Niat :-
    “Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai (imam/makmum) kerana Allah SWT”.
  2. Membaca Doa Iftitah.
  3. Bertakbir tujuh (7) kali pada rakaat pertama. Sunat
    mengangkat tangan ketika takbir.
  4. Sunat diselangi Bacaan Tasbih pada setiap takbir :-
    سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ
  5. Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-A’laa atau surahsurah lain.

Rakaat kedua

  1. Takbir sebanyak lima (5) kali dan diselangi dengan bacaan
    tasbih seperti pada rakaat pertama.
  2. Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-Ghaasyiyah atau
    surah-surah lain.
  3. Memberi Salam.
  4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya.

Muat turun Khutbah hari raya dari sini -Khutbah Raya 2020 – TINGKATKAN AMALAN DI BULAN SYAWAL DALAM MENGHADAPI WABAK COVID-19

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Previous articlePanduan perniagaan era Covid 19
Next articleKebaikan makanan disimpan beku
Blog onlajer telah mula bersiar pada tahun 2012. Blog ini asalnya banyak bercerita tentang nota pembelajaran elektrik fasa satu. Dari situ ia terus berkembang menjadi blog teknikal lifestyle yang jarang - jarang anda baca. Semoga perkongsian yang di muat naik blog onlajer dapat memberi manfaat kepada pembaca sekelian. Sebarang maklumat yang ada disini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis . Dan ada juga blog post yang diterbit mengandungi maklumat yang diambil dari laman web yang akan dinyatakan pada artikel tersebut. Sebarang maklumat yang diguna pakai adalah tertakluk kepada risiko anda sebagai pembaca.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge