Kos Sebenar Pendawaian Elektrik : Point Dirumah

0
2389

Walaupun aku sudah berWordpress disini itu bukan bermakna aku tidak menjenguk rumah lama mana lah tahu ada yang ingin bertanya sesuatu yang mudah untuk aku menjawabnya.Soalan daripada pembaca:-

Senarai Harga Point Pendawaian Elektrik

Walaupun soalan yang diajukan nampak mudah tapi sebenarnya amat susah untuk menjawabnya, Malahan untuk mendapat  jawapan yang paling tepatpun kekadang susah nak diberi kerana faktor tempat kerja dan turun naik sesuatu bahan mentah menambahkan lagi derita  kontraktor pemula.

Ok berbalik kepada senarai harga wiring dan pemasangan biasanya antara satu kontraktor kesuatu kontarktor memang ada bezanya. Kita boleh mendapat harga untuk satu point socket 3outlet semurah RM60 hingga Semahal Rm160 dan itu semua bergantung  kepada status kontraktor tersebut atau budi bicara kualiti meterial yang dipakainya.

Dan untuk point lampu ia bermula juga dari RM70 hingga RM 120. Dan suka aku nak cakap disini kalau korang rumah besar kemungkinan untuk harga ganda dua amatlah tinggi.Bagi pemasangan unit pula kebiasaanya mereka akan cas diantara RM15 hingga RM50 bagi unit socket outlet,Lampu dan kipas.Semua yang aku tulis diatas tidak termasuk Aircond dan water heater yang kebiasaanya point tersebut dicas antara RM120 hingga RM180 disebabkan size cable yang lebih besar perlu digunakanya.

Semua wiring point juga perlu diambil kira bagaimana kaedah pemasangan jika hanya mengunakan casing pastinya lebih murah daripada mengunakan kaedah conseal.


Soalan Lazim:-Kenapa ya boleh jadi RM120 sedangkan time buat rumah kira RM70?Untuk ini aku angap kontraktor itu hanya membuat satu point sahaja dalam sesuatu masa  client minta datang untuk membuat kerja.

Ok diharap orang yang bertanya berpuas hati dengan jawapan aku ini, Sebenarnya aku lebih kepada Industri yang membolehkan aku mencas semaksima yang mungkin untuk harga domestik eloklah minta sebut harga daripada berberapa kontraktor yang anda rasa boleh dipercayai.

Baca juga : – Nota asas elektrik

kipas KDK Nikko Jr

Baca juga : – Panduan terbaik untuk membeli kipas siling

Panduan angaran Harga Pendawaian Elektrik dan Pemasangan

1.Harga Pendawaian – Permukaan (surface) menggunakan PVC atau uPVC conduit.

  • lampu = RM80
  • Harga pendawaian kipas + Hook = RM105
  • Harga pendawaian soket plug =RM 100
  • Harga pendawaian aircond =RMRM160
  • Harga pendawaian water heater =RM 160
  1. Harga Pendawaian – Tanam Dalam Simen (conceal):
  • Pendawaian lampu = RM100.00
  • Pendawaian kipas + hook = RM125.00
  • Pendawaian soket plug 13A = RM120.00
  • Pendawaian aircond = RM 180.00
  • Pendawaian Water Heater = RM 180
  1. Harga pendawaian Autogate (Guna Armoured Cable-Pendawaian Bawah Tanah)
    = Bermula dari Rm900 (Ikut Panjang Armoured Cable)
    Harga Pendawaian Autogate (Surface Wiring) Pendawaian Permukaan Menggunakan PVC Conduit = RM650
  2. Harga pendawaian Door Bell + install = RM 250
  3. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod = Rm250/lot
  4. Pemasangan DB (Switch Board):-
    *8way complete set (barang serta pemasangan) = RM800
  5. Alih @ Pindah Meter KWj TNB
    =Dari RM1500 (Bergantung kepada jarak)
  6. Naiktaraf (Upgrade) meter TNB 1Fasa ke Meter TNB 3Fasa
    =Dari RM1000 ( Bergantung Pada RCCD,MCB&Db box)
  7. Pemasangan Autogate + Installation (Bekal Barang & Pasang Siap)= RM 1800
  8. Pemasangan CCTV +Installation (Bekal Barang &Pasang Siap)
    =Dari RM2400

10.Pemasangan Home Alarm System +Installation (Bekal Barang &Pasang Siap)
=RM1400-RM 2700

11.UPAH PASANG SAHAJA

  • Pasang Semua Jenis Lampu Filamen =
    RM 25
  • Pasang Semua Jenis Lampu Pendafluor = RM 35
  • Pasang Semua Jenis Lampu Downlight =
    RM 35
  • Pasang Semua Jenis Lampu Hiasan = RM 35
  • Pasang Semua Jenis Kipas= RM 50
  • Pasang Autogate = RM 700

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge