Renjatan elektrik ditroli

0
378

Wah lama aku tak buat dakyah tentang elektrik, kekadang kalau cerita benda yang sama dalam kerja – kerja harian rasa menyampah juga lainlah diri sendiri ini yang menjadi pemilik bisnes ini haha.

Siapa yang pernah kena renjatan sewaktu menolak troli dipasaraya lagi – lagi tengah berpasang – pasangan dengan isteri.

Renjatan elektrik ini pasti menjengkelkan tak gitu..

Dari laman web kosmo saya ada menjumpai faktor – faktor yang menyebabkan renjatan elektrik yang berlaku diantara manusia dan objek lain khususnya logam.

Tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil.

Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.

Suhu kelembapan mempengaruhi mudah untuk terkena renjatan elektrik.

Pertamanya, anda perlu faham berkenaan dengan elektrostatik bermaksud cas yang ada pada satu-satu objek itu berada dalam keadaan ‘statik’ ataupun tidak bergerak.

Tetapi apabila satu-satu bahan itu bergesel dengan satu bahan yang lain, ia akan menghasilkan ketidakseimbangan cas pada bahan yang bergesel tersebut.

Jika bahan itu berlebihan cas negatif (iaitu terlebih elektron) maka ia akan cuba nyahcas dengan cara bergerak ke kawasan yang mempunyai cas positif yang lebih banyak.

Perkara itu hanya berlaku pada sesetengah orang sahaja kerana ia disebabkan:

  • Orang yang selalu berjalan dengan cara menyeret kasut.

Mereka akan lebih berkemungkinan besar menghasilkan renjatan elektrostatik ini berbanding dengan orang lain.

  • Berjalan di lantai menggunakan karpet poliester ataupun getah.

Sebab itu kebanyakan daripada kita akan menghasilkan renjatan itu apabila berada dalam pejabat terutamanya yang menggunakan karpet diperbuat daripada polyester.

  • Baju diperbuat daripada poliester

Akan meningkatkan risiko untuk menghasilkan renjatan ini berbanding dengan baju yang diperbuat daripada kapas.

  • Suhu kelembapan

Kawasan yang mempunyai suhu yang rendah akan menyebabkan kelembapan udara juga menjadi rendah. Itu akan menyebabkan elektron sukar untuk bergerak dalam udara bagi melakukan nyahcas.

  • Pendingin hawa meningkatkan risiko untuk terkena renjatan ini.

Cara nak elakkan daripada terkena renjatan cas elektrostatik:

  1. Kena ubah cara berjalan supaya kasut tidak menyeret ketika berjalan.
  2. Elakkan daripada menggunakan karpet dalam pejabat.
  3. Elakkan daripada menggunakan baju yang diperbuat daripada poliester

sumber:-
https://www.sinarharian.com.my/article/39233/SISIPAN/Sinar-Aktif/Mudahnya-terkena-renjatan-elektrik

Previous articleSyarat pembinaan surau atau mesjid
Next articleKos Sebenar Pendawaian Elektrik : Point Dirumah
Blog onlajer telah mula bersiar pada tahun 2012. Blog ini asalnya banyak bercerita tentang nota pembelajaran elektrik fasa satu. Dari situ ia terus berkembang menjadi blog teknikal lifestyle yang jarang - jarang anda baca. Semoga perkongsian yang di muat naik blog onlajer dapat memberi manfaat kepada pembaca sekelian. Sebarang maklumat yang ada disini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis . Dan ada juga blog post yang diterbit mengandungi maklumat yang diambil dari laman web yang akan dinyatakan pada artikel tersebut. Sebarang maklumat yang diguna pakai adalah tertakluk kepada risiko anda sebagai pembaca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge