Semak harga water heater terkini.
Seperti sudah menjadi kebiasaan setiap tahun Negara kita pasti akan dilanda musim tengkujuh yang agak keterlaluan.
Bencana banjir atau sejuk melampau akan melanda pada tempat – tempat yang jarang berlaku cuaca bergini.
Malah kebanyakan tempat juga boleh mengalami banjir jika berlakunya hujan secara berterusan.
Suasana bergini akan mendatangkan dua suasana. Sama ada gembira atau duka.
Gembira jika banjir setakat paras – paras lutut dan arusnya tidak deras. Ramailah yang keluar bermain air. Tetapi apa pula hal nya jika air sudah melepasi tahap bahaya.
Dari itu lah kita seharusnya mengawasi anak – anak dan jiran tetanga supaya tidak berlaku perkara – pekara yang tidak di ingini.
Dan sekarang ini cuaca kita juga dipengaruhi oleh tempiasan monsun dari setiap penjuru arah. Jika tidak salah tahun 2016 tempiasan suhu sejuk juga melanda dinegara kita . oleh itu kita tidak dapat menjangka apa yang patut kita adakan .
Sama ada penghawa dingin atau pun pemanas air.
Semuanya berguna jika sudah sampai waktu perubahan cuaca yang melanda.
Panduan pemasangan dan semak harga harga water heater terkini
Okeh disini saya ingin menerangkan kaedah asas pemasangan water heater yang patut anda tahu supaya anda sendiri boleh menerangkan apa yang anda mahu kepada kontraktor ataupun pembekal alatan elektrik ini.
Munkin apa yang saya terangkan bergitu ringkas atau hanya asas, tetapi berkemunkinan dengan artikel ini anda mampu menokok tambah apa yang patut kontraktor lakukan.
Water heater Jenama eletrolux – survey harga dari sini
Ingat pemasangan alat adalah mengikut kemahuan kita, bukan kemahuan kontraktor, mereka hanya boleh mencadang.
Okeh sila lihat dahulu rajah pemasangan paip dan pendawain elektrik ini.
Gambarajah cadangan pemasangan paip dan litar Water Heater
Cara pasang paip air masuk untuk water heather
Jika anda lihat sumber kemasukan air ada dua, Satu arah dari syarikat air. Dan satu arah lagi dari tangki simpanan air.
Setiap pemasangan paip ada disertakan dengan Valve dan juga Check Valve sebelum bertemu ke TEE dan terus ke paip masuk water heater.
Alasan saya fungsinya hanya untuk memastikan tekanan air kuat pada water heater.
Dan apabila berlaku ganguan bekalan ,Air tangki masih mampu digunakan. Fungsi check valve adalah supaya air tidak akan berpatah balik kepada punca bekalan.
Tetapi ia adalah sekadar option. Anda boleh sahaja memasang valve tanpa check valve. Hanya valve tangki perlu ditutup apabila tidak digunakanya.
Untuk pendawaian water heater.
Perlu di ingat supaya mengambil punca kuasa dari papan suis utama , supaya ia tidak menjejaskan sumber kuasa yang lain.
Dan suis heater perlu digunakan supaya litar kuasa dapa ditutup dengan sempurna.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
Ini adalah sekadar penerangan asas yang patut anda tahu , sebelum anda memasang water heater pada kediaman rumah anda.
Untuk yang punyai budget lebih boleh sahaja mengunakan punca kuasa solar.
Oh yang sebelum anda memilih Water heater terbaik.
Sila pilih yang dilengkapi dengan ELCB dan juga sebolehnya body, paip air tidak diperbuat dari logam untuk langkah – langkah keselamatan.
Disini saya sertakan juga pauatan untuk anda menyemak Harga terkini Water Heater terbaik untuk anda pilih.