Panduan perniagaan era Covid 19

0
299
Panduan bisnes lazada

Saya kira ramai yang pernah mendengar kisah penghijrahan Nabi s.a.w. yang hebat.

Salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga iaitu Abdul Rahman bin Auf.

Orang terkaya di Kota Mekah pada masa sebelum hijrah, semasa mengikut Nabi s.a.w. berhijrah daripada Mekah ke Madinah, beliau telah berkorban harta dan nyawa untuk Islam.

Beliau tidak membawa sebarang harta, harta beliau telah dirampas oleh pembesar-pembesar Quraish Mekah yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.

Setelah hijrah ke MadinahAbdul Rahman bin Auf telah dipersaudarakan oleh Nabi dengan seorang orang Ansar yang bernama Sufian, orang kaya di Madinah pada masa itu.

Abu Suffian dengan akhlak yang dididik oleh Nabi s.a.w. telah menawarkan Abdul Rahman bin Auf dengan separuh daripada hartanya, tetapi Abdul Rahman bin Auf menolaknya dengan baik.

Beliau hanya meminjam 5 dirham daripada beliau dan meminta Abu Suffian supaya menunjukkannya lokasi pasar besar di Madinah (marketplace).

Kisah yang panjang, diringkaskan Abdul Rahman bin Auf mula berniaga di pasar tersebut.

Pasar pada masa itu dikuasai oleh orang Yahudi dengan pembiakan sistem riba’ dan penipuan.

Tidak sampai setahun, Abdul Rahman bin Auf telah berjaya menjadi orang terkaya di Madinah mengatasi peniaga-peniaga Yahudi yang telah lama berniaga disitu.

Sehingga dalam satu riwayat ada menyebut, beliau sangat kaya sehingga kapak beliau pun dibuat daripada emas.

Panduan perniagaan era Covid 19

Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Abdul Rahman bin Auf ini ialah, sekiranya mahu berniaga, tempat jualan atau marketplace adalah penting.

Tempat yang dipilih haruslah kawasan atau medium yang menjadi tumpuan orang ramai dan ramai pengunjung.

Untuk bisnes online pula, pengunjung yang ramai dapat dikesan merujuk kepada bilangan trafik yang diterima oleh sesebuah website.

Buat masa sekarang, Lazada adalah platform jualan nombor 1 di Malaysia.

Kita boleh lihat di Google Trend bagaimana Lazada berada di kedudukan nombor 1 berbanding platform yang lain seperti Lelong, Shopee dan 11th Street.

Saya lihat semasa perintah kawalan pergerakan, Kerapa sekali para pekerja syarikat penghantaran sibuk menghantar barangan dikawasan perjiranan saya.

Dan sudah semestinya saya juga salah satunya.

Dan kebanyakanya saya beli dari flatform lazada. Kerana saya lebih percaya dengan nya. Apabila saya sudah mengesahkan pembelian , Pihak lazada akan terus menghantar email tentang butiran pembelian saya.

Jadi sedikit sebanyak saya tidak risau dengan scamer yang biasanya banyak berada di flatform jualan lain nya.

Panduan perniagaan Lazada

Sebenarnya, perniagaan Lazada ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Lebih digalakkan kepada pelajar yang selalu tidak mencukupi kos tanggungan dalam pelajarannya, suri rumah yang ingin menambah pendapatan isi rumahnya, penganggur yang masih belum mempunyai kerja yang tetap dan ibu tunggal yang tidak mencukupi pendapatan untuk menanggung keluarganya serta lain-lain lagi.

Anda hanya perlu mendaftar klik sahaja link berikut.. https://sellercenter.lazada.com.my/

Di Lazada, tiada yuran pendaftaran dikenakan untuk membuka kedai di Lazada, tetapi, anda hanya akan dikenakan caj apabila produk anda berjaya dijual. Setiap jualan, akan dikenakan caj sekitar 2%, ia adalah caj yang kecil sahaja jika hendak dibandingkan dengan kelebihan-kelebihan yang kita terima sebagai penjual.

Jadi tiada sebab kenapa anda tidak mahu bermula berniaga dengan Lazada.

Trafik Lazada yang tinggi dan juga ramai pelangan lebih percaya membeli dengan Flatform Lazada.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang cara memulakan bisnes Lazada saya syorkan anda mendapatkan panduan dari BisnesLazada.com.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Join telegram saya, https://t.me/onlajer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge