Resepi istimewa kicap faizul Sambal Kicap Johor.

Sambal kicap merupakan sinonim dengan masyarakat di Johor. Ianya sesuai dicicah semasa menikmati hidangan seperti ikan bakar, pisang goreng dan banyak lagi juadah. Sesuai sebagai penambah perisa untuk sup.

Kicap yang digunakan juga mempengaruhi rasa dan keenakkan sambal kicap Johor dan dicadangkan Kicap Lemak Manis ‘FAIZUL‘ yang berkualiti Premium kerana aroma soya yang asli memang membangkitkan selera. Lagipun ianya adalah buatan Melayu Bumiputera yang menyokong BMF.

Bahan-bahan Sambal Kicap Johor:

1- 12 biji cili padi siap dicuci dan dibuang tangkai.
2- 3 ulas bawang putih sebesar ibu jari.
3- 3 biji limau kasturi.
4- Kicap Lemak Manis Premium ‘FAIZUL‘.
5- Garam dan gula secukup rasa
6- 3 sudu besar minyak masak.

Cara Memasak

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Setelah panas masukkan cili padi dan bawang putih hingga layu. Angkat dan toskan minyaknya. Minyaknya simpan, ianya akan digunakan semula nanti.
  2. Kisar bahan-bahan yang digoreng tadi. Kemudian tuang ke dalam bekas seperti mangkuk dan sebagainya.
  3. Tuang Kicap Lemak Manis Premium ‘FAIZUL‘ dan kacau. (Rasa)
  4. Letak garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
  5. Kemudian masukan semula minyak masak yang telah digunakan tadi ke dalam campuran bahan-bahan.
  6. Perah limau Kasturi untuk membangkitkan rasa yang lebih enak.
Image via Sinar Harian

Bolehlah anda menikmati makanan kegemaran dengan sambal kicap mengunakan Kicap Lemak Manis ‘FAIZUL‘ yang berkualiti Premium.

Jangan lupa dapatkan Kicap Lemak Manis ‘FAIZUL‘ yang berkualiti Premium di Shopee.

Baca juga:–> Kualiti premium Kicap Lemak Manis Faizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge