Semak harga multi tester terkini

0
294
Semak harga multi tester terkini

Semak harga multi tester terkini.

Multitester adalah antara peralatan yang wajib ada untuk seorang juruteknik elektrik.

Salah satu Multitester analog yang paling popular dipasaran dan dikalangan juruteknik adalah multitester daripada Sanwa model YX360TRF.

Ada dijual dimana – mana kedai hardware khususnya kedai elektrik.

Dengan mengunakan 2 biji bateri jenis AA multimeter ini sangat praktikal untuk juru letrik.

Sistem keselamatan untuk jenis ini biasanya ia mengunakan glass fuse 0.5amp berukuran 20mm.

Untuk info anda digalakan untuk meletak fuse spare didalam multi tester ini.

Untuk Mengunakan multitester ini sentiasa peka kepada apa yang ingin anda lakukan sama ada anda AC atau voltan DC atau anda ingin menguji ohm,

jika anda gagal memastikan aras pedal yang sepatutnya kemungkinan besar multimeter ini akan meletup dan ada tidak dapat mengunakanya lagi.

Diulangi sekali lagi jangan memasang fius melebihi 0.5amphe.

Tips penjagaan dari saya,Jika tidak digunakan sentiasa laraskan pedal selain daripada penunjuk ohm supaya kuasa bateri tidak habis atau tanggalkan batteri jika anda tidak selalu mengunakanya.

Dan untuk menguji keberkesanan ohm anda boleh sahaja melaraskan pedal pada penunjuk x1 dan pegang pada kedua – dua bahagian probe mengunakan kedua belah tangan.

Lihat sama ada penunjuk ohm menaik atau tidak jika tidak ini menunjukan multitester anda masih lagi berkeadaan baik.

Jika multi tester tidak akan digunakan dalam tempoh jangka masa yang lama. Seeloknya tangalkan bateri supaya cecair bateri tidak merosakan multitester.

Semak harga multi tester terkini

Jom semak harga terkini – Sanwa Multitester

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge