SOP bakal dikenakan Arab Saudi kepada jemaah umrah

0
201

Alahamdulilah sepertinya astroawani sudah mendapat perkhabaran tentang kebenaran mengerjakan umrah mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Dengan kedengaran berita seperti ini. Ramai lah yang akan rasa syukur tidak terhingga dengan perkhabaran yang bergitu dapatlah kiranya merancang untuk mengerjakan ibadah umrah.

Antara Sop yang bakal dikenakan arab saudi kepada jemaah umrah adalah seperti berikut.

  1. Mendapat izin untuk ke luar negara.
  2. Selain visa umrah, pasport dan dokumen berkaitan lain, jemaah perlu tunjuk keputusan negatif ujian PCR COVID-19 ketika check-in di lapangan terbang. Ujian diambil tidak lebih 72 jam sebelum berangkat.
  3. Jemaah perlu muat turun sekurang-kurangnya satu aplikasi sebelum berangkat; disarankan aplikasi Tawakkkalna yang mirip MySejahtera dan dikelolakan National Information Centre Arab Saudi.
  4. Memakai pelitup muka sepanjang masa di dalam pesawat.
  5. Serah borang pengisytiharan kesihatan di kaunter Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk petugas memeriksa keputusan ujian PCR COVID-19.
  6. Muatan bas tidak lebih 25 penumpang atau 50 peratus kapasiti penuh penumpang.
  7. Setibanya di hotel penginapan, jemaah perlu jalani kuarantin tiga hari dalam bilik tanpa keluar ke mana-mana. Makanan akan dihantar ke bilik.
  8. Selepas dua hari, jemaah perlu jalani ujian PCR yang dijalankan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.
  9. Jika keputusan negatif, jemaah dibenar mula mengerjakan ibadah umrah.

Semoga perkongsian SOP bakal dikenakan Arab Saudi kepada jemaah umrah ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Baca juga:-Senarai Kelengkapan Ibadah Haji dan Umrah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge