Syarat pembinaan surau atau mesjid

0
2679

Assalamualaikum wah semangkin berani mereka – mereka ini menghina dan mencemar kesucian Islam. Perbuatan mereka ini memang sudah sepatutnya dibawa kemuka keadilan. Syabas kepada yang memberi maklumat sehingga Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar pekeliling mengenai prosedur pembinaan surau dan masjid dikeluarkan kepada semua pengusaha hotel dan pusat peranginan di negeri ini.

Info Syarat pembinaan surau atau mesjid

Pembinaan Surau

Google image Surau Ar Rahman (Johor Bahru) |

1. Membuat permohonan kepada Majlis Agama Islam melalui Kadi Daerah.Semak pelan dan kedudukan dengan datang ketapak yang dicadangkan sebelum ia dibangunkan untuk menentukan arah kiblat,kemudaian lakukan pemantauan dari masa kesemasa ,semasa pembinaannya menerusi jawatankuasa pengerak mesjid.
2. Syarat wajib bagi reka bentuk rumah ibadah perlu ada mihrab (sebagai simbol tempat orang Islam bersembahyang).
3. Hiasan terlalu sarat tidak digalakan kerana dikhuatiri menganggu konsentrasi jemaah.
4. Jarak antara mesjid/surau sekurang – kurangnya 1.5kilometer, manakala masjid dan masjid dua kilometer .(bergantung kepada kesesuaian dan kepadatan penduduk.)
5. Mematuhi prosedur iaitu tapak tanah mesti diwakafkan.
6. Bagi surau persendirian mestilah khususkan tanah khas untuk tempat solat.
7. Surau awam diwajibkan diimarahkan setiap waktu manakala surau persendirian tidak diwajibkan seperti dihotel atau kawasan rehat lebuh raya.
8. Setiap masjid/surau mesti ada jawatan kuasa pengurusan
9. jawatan kuasa perlu menjaga surau atau mesjid iaitu menjaga kesucian.
10. Imam dilantik mestilah bertauliah.

Dari aku jika mereka tidak menghormati tempat ibadah orang islam apatah lagi mereka akan menghormati agama islam ini, kita selalu didik oleh media supaya menghormati agama lain tapi adakah seruan itu hanya diikuti oleh pihak kita sahaja?.

Previous articleMentor Blogger Manhua Jom Download Dan Baca Komik Lagend Hongkong
Next articleRenjatan elektrik ditroli
Blog onlajer telah mula bersiar pada tahun 2012. Blog ini asalnya banyak bercerita tentang nota pembelajaran elektrik fasa satu. Dari situ ia terus berkembang menjadi blog teknikal lifestyle yang jarang - jarang anda baca. Semoga perkongsian yang di muat naik blog onlajer dapat memberi manfaat kepada pembaca sekelian. Sebarang maklumat yang ada disini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis . Dan ada juga blog post yang diterbit mengandungi maklumat yang diambil dari laman web yang akan dinyatakan pada artikel tersebut. Sebarang maklumat yang diguna pakai adalah tertakluk kepada risiko anda sebagai pembaca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge