Tebus RM50 dengan mendaftar Aplikasi MySejahtera

2
1016
Mendaftar Aplikasi MySejahtera

Penggunaan aplikasi MySejahtera menjadi norma baharu buat masyarakat di negara ini sebagai antara kaedah bagi membantu kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), dalam pengawasan penularan wabak COVID19 di Malaysia

Aplikasi MySejahtera merupakan satu instrumen penting bagi memperkasa orang ramai menerusi maklumat terkini COVID19 dan nasihat kesihatan, akan membolehkan KKM mengambil tindakan yang cepat dan tepat untuk mengenal pasti serta memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID19 dalam masyarakat.

Teruskan mematuhi SOP PKPP supaya kita semua dapat putuskan penularan wabak COVID19.

Cara Mendaftar Pengguna Aplikasi MySejahtera

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan aplikasi buat kali pertama

  1. Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik butang Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu
  3. Masukkan nombor telefon bimbit lali klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  4. OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya mendaftar menggunakan e-mel. pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel
  5. Isikan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar” sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon atau klik pada pautan dalam emel sekiranya mendaftar menggunakan e-mel
  6. Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik butang “Sahkan”
  7. Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  8. Tiba di laman Log Masuk, isikan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda lalu klik butang “Log Masuk”

Cara Mendaftar Aplikasi MySejahtera

Anda perlu tahu hanya sekali sahaja setiap orang dapat tebus RM50 itu dan pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pastikan anda ikut arahan di atas untuk daftar dan tebus kredit eWallet anda.

Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet.

Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Insentif eTunai Rakyat ini, anda mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warga Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada 31 Disember 2020
  3. Pendapatan kurang daripada RM100,000 pada tahun 2018 (RM8,333 sebulan)

Bagi menerima dana tambahan eTunai RM50 melalui BSH, syarat kelayakannya adalah sama seperti syarat kelayakan penerima BPN iaitu:

  1. Warga Malaysia
  2. Lelaki / wanita ketua keluarga dengan pendapatan bulanan RM4,000 ke bawah
  3. Berumur 40 Tahun – 59 Tahun dengan pendapatan RM2,000 ke bawah (Bagi kategori bujang)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge