Kepentingan pembinaan dewan terbuka masyarakat setempat

Kepentingan dewan terbuka masyarakat setempat

Kepentingan pembinaan dewan terbuka untuk masyarakat setempat biasanya perlu dijalankan oleh ahli jawatan kuasa yang dilantik oleh penduduk.

Dan biasanya dewan terbuka ini akan memberi manfaat kepada penduduk seperti :-

1) Kebiasaan dana Pembangunan diperolehi dari majlis pebandaraan setempat.

2) Dewan akan Sepenuhnya diserahkan kepada Komuniti setempat.

3) Biasanya ia lengkap Berpagar & Dijaga sendiri oleh Komuniti tersendiri.

4) Jika ada bangunan lama atau binaan. Contohnya seperti Kabin lama ia akan dipindahkan ditempat yang lebih sesuai atau dijadikan Store perkakasan gotong royong penduduk.

Atau mana – mana yang diangap sesuai dalam perbincangan.

5) Sebuah dewan terbuka perlu juga disediakan Sebuah Bilik Mesyuarat untuk kegunaan Komuniti penduduk.

6) Munkin boleh dicadangkan lagi untuk sebuah bilik bacaan atau pun ruangan keluarga jika pada masa hadapan ia diguna untuk majlis perkahwinan.

7) Program Masyarakat seperti Ibadah Qurban, Hari Keluarga, Khatam Al-Quran, Penutup Marhaban, Maulud Nabi, Ceramah Perdana, Indoor Game & Gotong Royong Perdana yang biasa diadakan saban tahun akan dilakukan disini dan tidak perlulah mengeluarkan kos sewa khemah lagi.

8) Angaran penjimatan Kos Sewa Khemah setiap kali program contoh seperti program Qurban komuniti penduduk. Setiap tahun jika sewa khemah sebanyak 8 unit x RM300 = RM2400 .

2400 dapat dijimatkan. Namun bergitu jika majlis lebih besar yang dijalankan penambahan khemah pasti diperlukan.

9) Kesesakan Jalan dihadapan rumah tidak seperti yang dibayangkan kerana warga penduduk setempat boleh berjalan kaki atau menaiki motosikal menuju ke dewan ini.

10) Masalah gejala sosial tak kan berlaku kerana kunci dewan akan dipegang oleh pihak AJK Komuniti sendiri.

Contoh dewan terbuka yang pernah dibina

11) Dewan terbuka biasanya tidak akan dijadikan Gelanggang Futsal, tidak ada aktiviti berkumpulan remaja akan berlaku disini.
Namun terpulanglah kepada komuniti setempat yang akan menentukan perjalananya.

12) Seperti biasa ada juga Parking Lot untuk tetamu yang hadir. Namun agak terhad.

13) Penyambungan Api dan Air sepenuhnya untuk kemudahan penduduk.

14) Mesyuarat atau perjumpaan masyarakat, program motivasi pelajar akan lebih selesa dalam bilik mesyuarat yang dilengkapi air-cond dan berkerusi meja.
(Ruang terhad munkin hanya sesekali jika betul – betul ada keperluan )

15) Segala pemandangan aktiviti masyarakat di dewan terbuka. tidak akan terhalang kerana ianya terbuka tanpa dinding penghalang.

Jadi ini adalah serba sedikit point untuk sokongan dan perhatian anda apabila komuniti anda cuba memohon dana pembinaan dewan terbuka.

Dan suka juga diingatkan untuk anda melakukan pungutan suara supaya semua penduduk tempat anda tahu mengenai pembangunan yang dilakukan ditempat anda.

Pastinya kerjasama dan sokongan dari penduduk diperlukan demi kebaikan dan kepentingan bersama dengan mengambil kira kemakmuran dan keharmonian penduduk pada ketika ini dan unttk masa hadapan generasi kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

One thought on “Kepentingan pembinaan dewan terbuka masyarakat setempat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge