Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan

0
1335
Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan - Jadual Temuduga Terkini

Sebelum kita bermula dengan Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan jom kita ihat dulu Jadual Temuduga SPA Terkini.

Senarai Penjadualan Temu Duga

Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan.

Temuduga kerajaan ni lain sikit dari temuduga swasta. Skop penilaian dan tapisan berbeza.
.
Untuk kerajaan pastikan anda dah equip persediaan dengan perkara ini;

1 – Faham jawatan anda

Tahu ianya berkaitan dengan kementerian mana. Di bawah jabatan apa. Apa agensi
yang terlibat. Jika anda tak perasan, sebenarnya
setiap kementerian ada JABATAN dan AGENSI di bawahnya.

Studi semua itu. Nampak simple tapi anda kena faham struktur perjawatan itu.

===========

2 – Faham fungsi

Cuba cari maklumat berkaitan tugasan dan fungsi kementerian/jabatan/agensi terlibat.

3 – Tahu apa KPI dan inisiatif

Dari maklumat [1] dan [2] itu cuba cari apa inisiatif yang
dijalankan oleh mereka.

Tahu apa objektif program mereka dan apa KPI yang
hendak dicapai oleh mereka

[1], [2] dan [3] ini adalah penentu kejayaan besar anda
dalam temuduga kerajaan yang spesifik.

Anda akan nampak lebih layak untuk jawatan itu. Benda PENTING yang anda kena tahu adalah..

“PENEMUDUGA adalah PEGAWAI dari KEMENTERIAN/JABATAN itu!”.

Yup. Salah seorang penemuduga adalah pegawai spasifik kementerian tersebut dan pegawai temuduga SPA.

Itu adalah 2 panel wajib temuduga kerajaan ditambah
dengan panel jemputan.

Untuk lebih faham dan bersedia untuk sukses temuduga kerajaan gunakan rujukan ini;

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Moga rahsia ini menjadi senjata anda untuk sukses dalam temuduga Kerajaan!

Semoga perkongsian Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan – Jadual Temuduga Terkini ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram, https://t.me/kerjayacentral & Twiter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge