5 Tips Penjimatan Minyak

Dalam sehari dua ini pegeseran pendapat terhadap kesan peningkatan harga Minyak telah berlaku dilaman media sosial dan aku juga ada menaip sepatah dua kata tentang kesan Harga Minyak naik. Terus terang aku katakan jika bahan api naik semua barang akan turut naik juga tanpa kita sedar atau tidak.

“What is done is done”Sekarang cuba kita tumpukan bagaimana pula kita hendak menjimatkan minyak dan berdoa supaya kerajaan mampu menurunkan harga semaksima yang boleh.

5 Tips Penjimatan Minyak versi onlajer

1- Kurangkan Kelajuan
Perkara ini sudah terbukti dengan kelajuan 100km/j anda mampu menjimatkan 15% minyak daripada anda memecut 120km/j. Mitos saya tanya mat – mat rempit kenapa motor ex5 dia orang mengunakan carburetor scramler jawapan mudahnya mereka hendak memasukan lebih minyak kedalam omboh pembakaran, lebih tinggi proses pembakaran lebih laju superman itu pergi.

2-Jangan mengekori kenderaan terlampau dekat ini kerana anda mungkin akan mebrek secara mengejut dan anda akan mula menekan minyak dengan lebih lagi supaya kereta anda akan ada pikup. Saya memang tak suka follow dan difollow dengan jarak yang dekat.

3-Elakan dari pada mengisi minyak full tank atau membawa barang yang tidak diperlukan ini kerana kerta kita akan menjadi lebih berat dan perlukan bahan bakar yang lebih, kalau kau cikgu sekolah sebolehnya siapkan menanda buku disekolah sahaja hehe.

4-Jangan guna aircond dan kalau boleh tutup tingkap ini kerana enjin akan menarik beban compressor dan tingkap yang terbuka akan menjdikan kerata lebih berat.

5-Beli kereta bawah 1000cc. kereta ini memang terbukti memang jimat minyak.

Okeh kita sudah baca tips penjimatan bahan api – Jadi apa kata kita baca bagai mana kita boleh memanjangkan  jangka hayat kenderaan kita ,Untuk info baca SEKARANG dari SINI

Baca juga:- Harga Model terkini bezza 2020

Harga Model terkini bezza 2020
Sumber.perodua.com

(20 Tips) Cara Jimat Minyak Petrol Kenderaan

(Sumber : – https://www.facebook.com/notes/perodua-lelong/20-tips-cara-jimat-minyak-petrol-kenderaan/554729091266129/)

Tips cara jimat minyak petrol ni bolehlah dicuba untuk kenderaan anda. Ada antara point-point di situ yang boleh kita pakai.

  1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.
    Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.

Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

  1. Isi minyak dengan perlahan-lahan
    Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
  2. Isi minyak semasa tangki separuh penuh.
    Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
  3. Kurangkan beban atau berat kenderaan anda
    Buang barang yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
  4. Periksa tekanan angin tayar anda.
    Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.
  5. Penyelenggaraan
    Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.
  6. Kelajuan
    Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.
5 Tips Penjimatan Minyak

Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan peranan pentin dalam penjimatan minyak.

Dan kalau nak jimat boleh beli kereta tertentu yang mahal kerena teknologi penjimatan minyak mereka lebih maju berbanding kereta murah.

  1. Matikan enjin
    Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.
  2. Penggunaan gear yang betul
    Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjinmenjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
  3. Penggunaan Brek yang betul
    Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
  4. Rancang perjalanan
    Merancang perjalanan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.

Anda juga boleh buat melakukan dua kerja pada satu masa contohnya dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan anda contohnya semasa anda pulang dari kerja, bolehlah singgah membeli barang keperluan rumah di mana-mana kedai yang berdekatan.

Jadi, anda tidak perlu lagi keluar semasa hujung minggu. Kan jimat minyak macam tu.

  1. Minimum penggunaan kenderaan
    Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta. LC sekarang RM6000 je. Takkan tak mampu kot. Nak lagi jimat pakai motor Honda. Memang jimat 🙂
  2. Tutup air-cond
    Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cond anda. Selain itu, matikan juga aircond anda bila sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
  3. Tutup tingkap kereta
    Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.
  4. Elak jalan sesak
    Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu puncak bekerja. Mulakan perjalanan sebelum jalan menjadi sibuk. Kesesakan jalan raya menyebabkan enjin kereta mengalami pembaziran kerana tidak bergerak.
  5. Jaga enjin kenderaan
    Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Danjuga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Tanya mekanik bertauliah kalau tak pasti minyak pelincir mana yang terbaik.
  6. Sentiasa berkongsi kenderaan
    Jika anda dan rakan anda pergi ke tempat kerja yang sama apa bergilir-gilir tumpangkan kenderaan. Selain menjimatkan minyak, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan. Itu pun jika semua pengguna jalan raya melakukan amalan ini.
  7. Panaskan enjin dengan betul
    Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.
  8. Guna NGV
    Semestinya penggunaan NGV lebih jimatt berbanding petrol. Sehinggakini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.

Apa yang bagusnya adalah anda boleh tukar pilihan jenis minyak yang anda mahu gunakan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Tapi penggunaan NGV akan memakan sedikit ruang kenderaan anda.

Penggunaan NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter.

Baca juga:- Beli SmartTAG murah di kedai online popular

One thought on “5 Tips Penjimatan Minyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge