Munkin setelah perintah kawalan pergerakan dilongarkan, Ramai yang baru menyedari sumber pendapatan telah berkurangan dan memerlukan dana tambahan.
Waktu ini barulah tahu Majikan kita seperti tidak mampu nak membayar penuh gaji kita disebabkan, kurang nya sale.
Sebagai orang yang bertangung jawab kita redho sahaja, disebabkan ada majikan berjanji akan memberi sesuatu yang terbaik untuk masa hadapan.
Memandangkan ramai masih keliru macam mana caranya untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan, Maka kami kongsikan langkah demi langkah pengeluaran i-Lestari secara online.
Antara perkara yang perlu di ikuti adalah..
Masuk halaman – https://ilestari.kwsp.gov.my/submit-request.php
Masukan maklumat yang diperlukan seperti Nama, No IC dan yang terpenting No Akauan bank dan Bank penerima mestilah betul.
Info penting tentang mengisi borang I-Lestari
· Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
· Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
· Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.
· Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
· Anda disarankan untuk membuat permohonan anda melalui i-Lestari Online.
Selepas dua hari anda boleh melakukan Semakan status permohonan di – https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php
Semoga perkongsian Ringkas ini dapat mempermudahkan anda untuk mengeluarkan sedikit simpanan masa depan anda dengan jayanya.
Semoga perkongsian Cara mengeluarkan duit KWSP – iLestari ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
Baca Juga :- Cara keluarkan duit ASB melalui online
Untuk temujanji layari – https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu
Alhamdulilah, bagi mereka yang memerlukan, info ni cukup bagus…moga duitnya memberi bermanfaat kepada mereka yang dah keluarkan duitnya…
Sis Lin recently posted…RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI PALING SENANG DAN SEDAP
Yeah begitulah kehendak nya.
Semoga ianya berguna untuk mereka yang tersangat memerlukan duit pada masa PKP ini
Wan Zawawi recently posted…Hidup Sihat Tanpa Stress ( Bahagian 1 )