Cara pengeluaran duit ASB secara online

Antara simpanan yang menguntungkan untuk Bumiputera sudah semestinya ASB. Sebab itu nak keluarkan duit , penyimpan perlu berusaha lebih sedikit , dengan pergi ke kaunter. Jika senang pun tak boleh keluar banyak – banyak.

Dengan peribahasa orang dulu – dulu, Simpan sedikit – sedikit lama – lama jadi bukit. Dah waktu tengah sesak ini, boleh lah kita gunakan untuk menampung perbelanjaan.

Ia lah Walaupun itu Duit simpanan kita, tak bermakna itu kita yang punya. Putus sahaja nafas jadi lah harta waris kita.

Pengeluaran duit ASB secara online

Okeh untuk anda yang nak mengeluarkan sedikit pelaburan, Anda sekarang tidak perlu lagi ke kaunter. Cukuplah hanya membuat permohonan pengeluaran ASB online melalui portal MyASNB.

Had maksimum pengeluaran hanyalah RM500 sebulan. Seperti biasa untuk mengeluarkan lebih dari itu perlu pergi ke kaunter ASNB. Atau wakilnya.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran sebanyak RM100.

Hanya tiga kali pengeluaran dibenarkan dalam tempoh sebulan.

Kemudahan ini boleh digunakan melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB akan bermula pada 27 April 2020.

Waktu urusniaga sama seperti biasa:

Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*
Wang akan dimasukkan ke akaun pada hari berikutnya.

Hanya pengguna yang berdaftar di MyASNB sahaja boleh menggunakan kemudahan ini.

Okeh untuk mendaftar boleh lah pergi ke laman – https://www.myasnb.com.my/

Pendaftaran Portal myASNB

Masuk sahaja link akan keluarlah paparan ini
Cara pengeluaran duit ASB secara online
Masukan nombor IC dan produk ASNB yang kita ada.
Masukan TAC yang dihantar melalui no handphone kita
Cara pengeluaran duit ASB secara online
Masukan frasa keselamatan dan semua yang diperlukan untuk di isi, Siap tunggu email, buka email sudah siap. Dah boleh untuk mengeluarkan duit atau menambah pelaburan.

Mudah sebenarnya untuk membuka akaun online ini.

Semoga perkongsian Cara pengeluaran duit ASB secara online ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Baca juga :- Cara mengeluarkan duit KWSP – iLestari

2 thoughts on “Cara pengeluaran duit ASB secara online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge