Garis panduan pelaksanaan ibadah korban

1
360
panduan pelaksanaan ibadah korban

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) Negeri Johor Darul Ta`zim ada mengeluarkan garis panduan pelaksanaan ibadah korban.

Garis panduan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid atau Surau yang berhasrat melaksanakan ibadah korban serta menyelaras segala bentuk aktiviti pelaksanaannya dalam Negeri Johor.

Ibadah korban merupakan ibadah umat Islam apabila tiba hari raya Aidiladha. Ibadah korban kebiasaannya dilaksanakan di masjid dan surau secara bergotong-royong menyembelih, melapah, memasak dan kemuncaknya diagih-agihkan daging korban tersebut kepada yang berhak.

Sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini disebabkan pelaksanaan PKPP dan penularan wabak Covid-19 yang belum dapat ditangani dengan sepenuhnya.

Semua peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (K.K.M) dan Majlis Keselamatan Negara (M.K.N) hendaklah dipatuhi untuk keselamatan dan kemaslahatan semua.

jawatankuasa ibadah korban masjid dan surau hendaklah meminimakan jumlah haiwan korban dan pelaksanaan sembelihan korban di Pusat Penyembelihan adalah amat digalakkan.

Panduan awal sebelum pelaksanaan ibadah korban

Tempat Pelaksanaan Sembelihan Korban:

Rumah Sembelihan (Abbattoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan sebanyak 16 buah.

Rumah Penyembelihan Sementara diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri sebanyak 14 buah.

Tempat penyembelihan di masjid atau surau yang mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Kadi Daerah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pematuhan Peraturan Ibadah Korban:

Kawasan masjid dan surau dalam negeri Johor yang tidak mempunyai kemudahan dan tempat penyembelihan korban yang diluluskan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah serta tidak ada kebenaran daripada Pejabat Kadi Daerah, tidak dibenarkan melaksanakan ibadah korban.

Jawatankuasa Ibadah Korban Masjid dan Surau yang akan melaksanakan ibadah korban hendaklah mengisi dan menghantar Borang Permohonan Ibadah Korban ke Pejabat Kadi Daerah beserta dokumen iaitu;

  • Susun atur khemah atau meja berdasarkan keperluan.
  • Kaedah pengedaran atau pengagihan daging korban.
  • Menyatakan langkah-langkah keselamatan yang diambil.
  • Gambar kandang ternakan korban.
  • Gambar tempat sembelihan ternakan korban.
  • Gambar tempat melapah.
  • Gambar tempat memotong daging korban.Gambar tempat membuang sisa pepejal dan cecair kotoran ternakan korban.

Syarat kelayakan petugas:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur dari 18 hingga 70 tahun;
  • Tidak bergejala seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak dan penyakit kronik;
  • Rekod bacaan suhu badan tidak melebihi 37.5°c; dan
  • Petugas yang masih dalam tempoh kuarantin tidak dibenarkan hadir.
  • Bilangan petugas dalam satu-satu masa hendaklah tidak melebihi 20 orang dan jawatankuasa korban hendaklah membuat penggiliran petugas mengikut kesesuaian.

Panduan semasa pelaksanaan ibadah korban di masjid dan surau

Ahli Jawatankuasa Korban Masjid dan Surau yang telah mendapat kebenaran dan kelulusan melaksanakan ibadah korban hendaklah melaksanakan perkara berikut:

Peserta korban dan orang awam tidak dibenarkan berada di lokasi pengurusan ibadah korban melainkan mereka merupakan sebahagian daripada petugas yang dilantik, tetapi boleh hadir secara berperingkat untuk mengambil bahagian daging korban sekiranya diarah berbuat demikian oleh jawatankuasa.


Jumlah kehadiran pada satu-satu masa tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan tempat dengan mengelakkan elemen 3S (Sesak, Sempit dan Sembang Dekat).

Merekod kehadiran dan bacaan suhu badan dalam buku rekod atau mengimbas kod QR yang disediakan oleh pihak Jawatankuasa Ibadah Korban.


Memakai pelitup hidung dan mulut (face mask) dan memastikan penjarakan sosial (social distancing).


Memakai kelengkapan diri seperti apron dan sarung tangan kepada petugas

Menggunakan hand sanitizer yang disediakan secara berkala.

Peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban hendaklah mewakilkan kepada penyembelih atau wakil yang dilantik.

Proses lapah hendaklah dalam keadaan digantung dan proses keratan bahagian daging korban boleh dilakukan di tempat atau khemah yang dikhaskan di masjid atau surau.

Pengagihan daging korban hendaklah dibuat melalui penghantaran secara langsung oleh jawatankuasa atau petugas kepada peserta yang mengambil bahagian dan fakir miskin serta orang ramai berdasarkan senarai nama yang telah ditetapkan.

Sebarang bentuk jamuan untuk petugas hendaklah dibungkus dan di agihkan manakala aktiviti memasak di masjid dan surau adalah dilarang.

Setiap kawasan penyimpanan ternakan, penyembelihan, pelapahan, pemotongan dan pengagihan yang dibenarkan hendaklah melalui proses sanitasi sebelum dan selepas perlaksanaan ibadah korban dilaksanakan.

Bagi sembelihan yang dilakukan di Pusat-Pusat Penyembelihan Jawatankuasa Korban Masjid dan Surau dibenarkan melaksanakan proses pemotongan daging dan pengagihan di khemah atau tempat yang dikhaskan di masjid atau surau.

Panduan selepas pelaksanaan ibadah korban

  • Memastikan keseluruhan tapak penyembelihan, melapah, memotong, mengagih dan tempat pengurusan korban dibersihkan;
  • Sisa pepejal dan sisa cecair seperti darah, tulang, kulit, isi perut yang tidak diperlukan hendaklah ditanam dalam lubang dengan kedalaman satu (1) meter kemudian dikambus dan ditaburkan kapur pertanian.
  • Memastikan semua peralatan yang digunakan perlu dibersihkan, disusun rapi dan disimpan.
  • Membuang peralatan yang digunakan dengan cara yang betul seperti apron, pelitup hidung dan mulut (face mask) dan sarung tangan di tempat yang sesuai atau disediakan;
  • Meninggalkan segera kawasan pengurusan penyembelihan sebaik selesai pelaksanaan ibadah korban
  • Melakukan proses sanitasi sebelum dan selepas perlaksanaan ibadah korban dilaksanakan

Untuk versi penuh anda boleh muat turun dari sini Garis panduan pelaksanaan ibadah korban

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge