Kelebihan Pemasangan Panel Solar Di Rumah

Kelebihan Pemasangan Panel Solar

Apabila berlakunya penularan Covid19 di negara kita. Kita semua di perintah untuk mengawal pergerakan. Kita disaran untuk duduk dirumah sahaja.

Waktu pkp ini barulah kita terasa berapa banyaknya kita mengunakan kuasa elektrik. Baru kita sedar tentang Kelebihan Pemasangan Panel Solar .

Dengah segala bagai peralatan elektrik seperti Aircond, kipas angin , lampu dan pelbagai lagi perkakasan elektrik yang ada dirumah.

Selepas PKP apabila kita mendapat bil elektrik masing masing baru sedar betapa tingginya nilai bil elektrik yang perlu dibayar.

Maklumlah biasanya kita kurang mengunakanya. Maklumlah sehari suntuk kita ditempat kerja. Manakala anak – anak pergi kesekolah dan seterusnya balik kerumah pengasuh menunggu kepulangan kita untuk mengambil mereka.

Jadi bayangkan jika dirumah kita sentiasa berpenghuni. Pastinya banyak peralatan elektrik yang akan digunakan.

Jadi dari sini sahaja kita tahu, kita perlu berjimat cermat.

Antara langkah seterusnya memasang sistem solar panel atau memasang lampu yang mengunakan solar.

Kelebihan Tenaga Solar

Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui

Dari semua kebaikan yang ada pada panel solar, perkara yang paling penting adalah tenaga solar ini boleh diperbaharui. la boleh dimanfaatkan di mana-mana kawasan diseluruh dunia dan sentiasa ada pada setiap hari. Tenaga solar tidak akan habis, tidak seperti beberapa sumber tenaga yang lain. Tenaga solar akan sentiasa boleh dihasilkan selagi mana wujudnya matahari, jadi cahaya matahari akan sentiasa ada untuk kita sekurang-kurangnya selama 5 bilion tahun, iaitu tempoh sebelum matahari akan ‘mati’ mengikut kajian saintis.

Mengurangkan Bil Elektrik

Memandangkan tenaga solar mampu memberikan keperluan yang sama seperti mana yang anda mahukan dengan menggunakan tenaga elektrik, jadi ia akan mengurangkan bil anda. Berapa banyak yang anda boleh berjimat bergantung kepada saiz sistem solar tersebut dan juga tenaga elektrik atau penggunaan haba. Malah, bukan sahaja anda boleh menjimatkan penggunaan elektrik, tetapi jika anda menjana lebih banyak tenaga elektrik daripada apa yang anda gunakan, lebihan tersebut akan dieksport kembali ke grid dan anda akan menerima pembayaran bonus untuk jumlah tersebut (memandangkan sistem panel solar anda disambungkan ke grid). Simpanan boleh terus berkembang jika anda menjual lebihan elektrik pada kadar yang tinggi pada siang hari dan kemudian membeli elektrik dari grid pada waktu petang ketika harganya adalah lebih rendah (di Malaysia boleh rujuk kepada TNB).

Jadi dengan dua alasan ini sahaja anda sudah boleh untuk berkira – kira untuk mengunakan sumber kuasa dari tenaga solar. Namun bergitu kos untuk pemasangan panel solar ini agak tinggi

Anda boleh mengira kos dan penjimatanya melalui kalkulatar solar ini. NEM Calculator

Namun bergitu jika anda belum punyai budget untuk memasang panel solar dan seterusnya membuat sistem dwi sumber kuasa anda boleh juga survey – survey Lampu solar yang ada di jual di pasaran ini

Survey lampuu solar terkini

Semoga perkongsian Kelebihan Pemasangan Panel Solar ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

One thought on “Kelebihan Pemasangan Panel Solar Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge