Smart jam pertama saya ialah Huawei GT2.
Beli dekat AEON Tebrau tingkat 3 . Dekat – dekat dengan pangung wayang TGC.
Kalau tak silap lah nama syarikat Pangung itu. Tapi yang penting dekat situ ada satu sahaja pangung. Kalau pungung memang banyak lah 🤣.
Biasanya kalau beli dekat dealer harga memang mengikut pasaran. Cuma boleh lah minta apa – apa jua free gift.
Rasanya kawan dapat seutas tali jam dan botol air.
Ok sebenarnya sebelum beli ada juga nak beli jenama apple. Tetapi saya racun isteri saya supaya membeli versi Android. Kalau saya jemu dia pun boleh guna.
Hanya apple tak banyak lah fungsi yang boleh diguna pakai. Apa pun fungsi kawalan kesehatan masih tip top.
Fungsi membaca PM tepi dan menjawab panggilan seperti cerita star trek. (Siri futuristik) masih boleh diguna pakai.
Yang kurang rasanya fungsi paparan muka hadapan sahaja.
Untuk ciri-ciri teknikal sama sahaja lah dengan jam pintar yang lain.
Satu kelebihan jam pintar Huawei GT2. Bateri boleh tahan sampai 14hari. Atau dua minggu.
Itu yang kadang. Manalah aku letak charger jam ini.
Sudahnya pakai untuk aksesori gaya jer. Padahal jam dah mati.😅🤫
Antara sebab jam tangan anda calar.
Nak ambil wudhuk. Buka jam masuk dalam poket. Tak sedar dalam poket ada segengan kunci rumah banglo.
Adoi… macam mana dong. Sudah solat pun masih lupa untuk memakainya.
Makanya muka jamnya sudah bergesel dengan kunci. Maka tercalar lah ia.
Saya nasihatkan supaya usai wuduknya terus pakai jangan berlengahan. Yang memberi nasihat pun biasa nya pun lupa. Maklumlah atok dulu sering doakan kita mudah lupa.
Dan yang kedua jenis yang kerja lasak. Kerja tangan selit menyelit. Tu yang selalu tersangkut jam tu. Saranan saya tak payahlah pakai jam mahal-mahal.
Pakai sahaja G-SHOCK dalam RM100 yang penting tak masuk air dan tahan lasak.
Jam pintar biasanya orang pakai untuk berlari, bersenam dan beriadah untuk mengeluarkan peluh.
Duduk opis pun ok. Jam ini akan ingatkan kita supaya berdiri sebentar disebabkan sudah lama kita duduk.
Untuk melindungi dari calar saya syorkan memasang screen protector. Dekat kedai Huawei yang saya sebutkan ada juga menyediakan dengan harga.
Jika tiada boleh juga membeli nya di halaman jualan popular ini.
Cara menghilangkan calar pada screen jam.
Orang dan Google kata untuk menghilangkan calar pada permukaan kaca ialah dengan hanya bermodalkan ubat gigi dan secebis kain yang lembut.
Jadi saya cuba lah juga.
Ambil jam Huawei GT2 saya.
Bubuh ubat gigi dengan gaya mengilap permukaan body kereta. Dengan gaya hikmat putaran jari.
Tunggu hingga agak kering.
Gosok dengan kain.
Yeah sudah bersih, calar masih ada.
Munkin sekali tak jalan lagi.
Cubaan kali kedua.
Alhamdulillah semakin bersih jam saya.
Seperti kali pertama kesan calar masih ada.
Sekali, dua kali tidak boleh kita buat kali ketiga. Seperti selayaknya kita datang kerumah orang. Beri salam tiga kali kalau tak berjawab kita blah terus.
Kali ketiga buat dengan penuh berdidikasi. Tetapi keputusan nya tetap sama. Namun bergitu permukaan jam semakin bersih dan berkilau.
Uji kaji ubat gigi golgate dan kain tidak berjaya untuk menghilangkan kesan calar.
Apa yang boleh kita bersihkan sahaja selalu supaya nampak berkilat seperti baru.
Dan jika ada budget lebih InshaAllah kita tukar screen yang baru…
Semoga perkongsian Jam tangan Huawei GT2 calar. Panduan untuk mengatasinya ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.