Tahu tak anda setiap rumah sepatutnya perlu dipasang dengan berberapa unit alat pengesan asap atau dalam bahasa inggeris nya “Fire Alarm Smoke Detector“.
Tujuan utamanya adalah untuk mengesan asap apabila berlakunya kebakaran…
Memasang alat “smoke detector” bukanlah bermaksud rumah kita akan terbakar dikemudian hari , tetapi ia adalah untuk memberi amaran awal kepada kita tentang wujudnya asap yang tidak dikhendaki..
Antara tempat yang paling sesuai untuk dipasang alatan ini adalah seperti di Ruang tamu,siling bilik tidur , landing tangga dan juga ruangan koridor rumah kita.
Di dapur anda harus memasang pengesan haba .(Jika pengesan asap yang dipasang , ia hanyalah sebagai alat pengukur rajinnya ada didapur).
Dan apabila anda memasangnya di bilik air, ianya hanya menjadi alat untuk mengesan adanya perokok dirumah anda…
Contoh pelan lokasi pemasangan “smoke detector”
Jika rumah kita cukup besar dan anda mampu untuk mengadakan bilik kerja, ruangan bilik kerja itulah yang paling tepat untuk anda memasang nya.
Di khuatiri ruangan kerja ini lah yang paling biasa berlakunya kebakaran.
Video cara memasang alat pengesan asap “smoke detector”Walaupun kegunaan nya hanya untuk mengesan asap kebakaran , pengesan asap ini sebenarnya dapat membantu anda, Apabila berlaku kebakaran ia menjadi amaran awal . Sangat penting kerana api dan asap merebak dengan cepat.
Karbon monoksida iaitu gas yang terhasil dalam sesuatu kebakaran akan membuat anda tidak sedarkan diri sekiranya tiada amaran awal untuk mengejutkan anda dari tidur.
Kebanyakan kes kematian berlaku di rumah ketika penghuni rumah sedang tidur (diantara 12.00 pagi hingga 05.00 pagi)
Fungsi Smoke Detector—>
- Memberi amaran awal sekiranya berlaku sesuatu kebakaran dimana membolehkan anda bertindak dengan cepat untuk.
- Memberikan amaran segera kepada penghuni lain supaya nyawa dan harta benda dapat diselamatkan.
- Membolehkan anda mengambil tindakan yang perlu untuk memadamkan kebakaran.
- Memberi anda lebih masa untuk menyelamatkan diri sekiranya api dalam keadaan tidak terkawal.
- Kajian menunjukkan bahawa peluang untuk menyelamatkan diri adalah 50% lebih tinggi sekiranya alat pengesan asap dipasangkan dirumah anda berbanding dengan rumah yang tidak memilikinya.
Jenis-Jenis Smoke Detector
Untuk pemasangan dirumah anda, pengesan asap jenis kuasa tersendiri (kuasa bateri) adalah sesuai.
Pada masa kini, di pasaran terdapat dua jenis utama pengesan asap yang berasaskan system pengesan deria iaitu jenis ion dan foto elektrik.
Antar a alat pengesan asap di pasaran.
Kekerapan Menguji “Smoke Detector”
semua alat pengesan asap harus diuji pada setiap bulan.
Nota jari : Untuk anda yang mahu mendapatkan unit smoke detector dan seterusnya memasang dikediaman anda , Anda boleh survey atau mendapatkanya di EZ Smoke Detector Shop .
Disana anda boleh memilih pelbagai jenis dan jenama , serta harga yang paling munasabah untuk keperluan kediaman anda…EZ Smoke Detector Shop
Semoga perkongsian New fire alarm Lokasi pemasangan Smoke Detector ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.