Litar Elektrik
Open Circuit (Litar Terbuka)
-Keadaan apabila arys atau mana-mana alat tidak bersambung dan menyebabkan arus tidak boleh mengalir.
Closed Circuit (Litar Tertutup)
-Keadaan apabila suis atau alat-alat bersambung dan membenarkan arus elektrik mengalir.
Short Circuit (Litar pintas)
-Apabila arus elektrik mengalir secara pintas melalui beban dan balik ke punca bekalan.
-Satu lagi keadaan apabila dua pangalir yang berlaina fasa bersentuhan.
-Litar pintas sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kebakaran atau merosakan komponen Elektrik.
Litar Siri
-Litar siri ialah suuan untuk pengaliran electron (arus elektrik) yang hanya membenarkan pengaliran dalam satu lorong sahaja.
-Elektron akan mengalir padasetiap lampu,rintangan dan suis dalam litar siri.
-Apabila salah satu daripada alat elektrik itu tidak berfungsi electron tidak dapat mengalir dan litar terbuka.
Tiga factor penting tentang litar siri
-Arus yang mengalir dimana-mana bahagian litar siri adalah sama.simbol litar siri = Ij =I1+I2+I3
-Jumlah rintangan bagi satu litar siri adalah bersamaan dengan jumlah rintangan individu didalamnya Rj = R1+R2+R3
-Apabila susutan voltan didalam satu litar siri ditambahkan bersama,jumlah nilainya adalah bersamaan kepada jumlah voltan yang digunakan Vj = V1+V2+V3
Contoh litar siri
Contoh Soalan
Nyatakan jumlah rintangan litar tersebut dan nyatakan arus yang melaluinya,
Rj = 10 + 1k + 20
= 20.03kΩ
Litar Selari
-Apabila litar elektrik membenarkan electron mengalir melalui dua atau lebih laluan pada waktu yang sama maka litar itu disebut litar selari.
-Voltan yang melintangi setiap beban adalah sama Vj = V1 = V2 = v3
-Jumlah electron yang mengalir pada setiap cabang adalah sama dangan jumlah electron yang mengalir pada peringkat permulaan.
-Cabang-cabang yang mempunyai rintangan rendah membawa lebih arus jika dibandingkan dengancabang yang mempunyai rintangan tinggi
Ij = I1+I2+I3
-Perintang atau beban yang disambung selari menampakan satu rintangan campuran yang rendah daripadanya secara individu.
a)Mencari rintangan yang serupa dalam litar selari.
Rj = 400/4
=100Ω
b)Dua perintang yang tidak serupa nilainya dalam litar selari.
Rj = R1 x R2
= R1 + R2
= 10 x 40
=10+40
=400/50
=8Ω
c)Tiga atau lebih perintang yang tidak serupa dalam litar selari
I/Rj = I/R1 + 1/R2 + 1/R3
=1/10 + 1/3 0+ ¼0
I = 12 +4+3 / 120
R J = 120/19
= 6.3Ω
Litar SIRi-selari
-Litar siri selari sebenarnya ialah campuran atsu kombinasai litar siri dan litar salari.
-Tujuan utamanya ialah untuk memperoleh manfaat yang maksimum daripada kewujudan kedua-dua litar itu.
-Pada praktiknya amat sukar untuk membezakan litar ini tetapi boleh dikatakan kesemua litar yang digunakan sekarang terdiri daripada litar siri selari.
Menunjukan bagaimana Arus mengalir dalam litar siri selari
Baca juga : – Nota Lengkap asas elektrik
One thought on “Nota Asas Elektrik 10”