Panduan perjalanan semasa perintah kawalan pergerakan.
Panduan yang akan saya tulis hanya untuk temujanji vaksin.
Selain dari itu pandai – pandai lah anda goreng bagi tujuan perjalanan.
Sebagai rakyat marhean sepatutnya kita patuh kepada arahan pemerintah.
Dulu sebelum PKP setiap hari Jumaat kan sentiasa disebut.
Ingat ke tak ingat. Atau tak berapa nak perasan. Maklumlah terlampau khusyuk disebabkan sebelum nya dah tibai sepinggan bryani dengan kari kepala ikan.
Bukan nak mengata, tapi tindakan anda itu betul. Makan dulu sebelum solat. Supaya time solat akan lebih khusyuk tanpa teringat makanan yang telah terhidang.
Gitu lah cerita nya.
Panduan mendapat kebenaran perjalanan rentas daerah
Kebenaran Perjalanan merentas daerah atas urusan Vaksin diri sendiri atau sebagai penjaga orang tua.
Muat turun borang permohonan rentas daerah digoogle.
Muat-Turun Borang Permit Pergerakan PKP
Muat-Turun Borang Permit Pergerakan PKPB
Isi maklumat yang diminta.
Untuk jumlah penumpang anda boleh sahaja menulis lebih daripada 1 namun pegawai bertugas hanya akan membenarkan anda seorang sahaja. Sebagai penjaga atau waris yang akan membawa ibu dan bapa anda ke pusat vaksinasi.
Jika tiada terus sahaja ke balai polis untuk borang dan sila bawa pen sendiri.
Jangan guna pen yang boleh padam. Cuaca panas aka. Menghilangkan dakwat yang kita tulis.
Siap sedia dengan mencetak semua maklumat yang ada pada mysejahtera tentang tarikh masa dan tempat dimana vaksinasi akan diberikan.
Ingat tanpa surat kelulusan merentas daerah yang sah. Senyuman tak akan dapat mencairkan hati petugas sekatan jalan raya untuk anda meneruskan perjalanan.
Semoga perkongsian Panduan mendapat kebenaran perjalanan rentas daerah ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.