Sebenarnya sudah berkali juga saya nak mencari maklumat tentang Projek rumah mesra rakyat.
Ialah siapa yang tidak suka dengan projek ini. Hanya perlu menyediakan sebidang tanah.
Dan seterusnya apabila permohonan diluluskan, SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) akan membina Rumah berkeluasan dari 750kaki persegi hingga 1000 kaki persegi.
Dengan kemudahan yang disediakan ini pasti ramai yang bercita – cita untuk membina sebuah mahligai rumahku syurga ku.
Sedikit info, SPNB adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.
SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018
BORANG DAN DOKUMEN SPNB
SYARAT KELAYAKAN
· Warganegara Malaysia
· Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
· Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
· Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
· Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
· Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
· Tertakluk kepada peruntukan kewangan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
Salinan kad pengenalan tuan tanah
Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
Salinan sijil nikah pemohon
Borang laporan tapak bergambar
NOTA:
Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)
Untuk maklumat lanjut sila layari : –http://spnb.com.my/hubungi-kami/cawangan/
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
Terima kasih Tuan, boleh share info ni dengan anak nanti…
Sis Lin recently posted…WORDLESS WEDNESDAY – SIPUT GONGGONG