Ada satu soalan berapa keping bilah yang sepatunya kita beli untuk kipas siling.
Ada orang kata kalau nak anginnya kuat kena beli kipas siling yang banyak bilah.
Walaupun jawapan ini seperti tepat. Namun bergitu pelbagai faktor harus kita selidiki.
Salah satunya kecondongan bilah itu apabila dipasang. Jika rata sahaja , gerenti takde angin.
Bunyi jer macam ribut, tapi takde angin. Panas babe.
Jadi kecondongan bilah, kestabilan bilah kipas itu semasa berpusing dan juga yang terpenting motor kipas itu sendiri yang akan menentukan berapa laju putaran bilah yang boleh dipusingkan.
Bilah yang sedikit mengurangkan beban.
Perasan tak anda . kipas jenis industri kenapa hanya ada dua atau tiga bilah sahaja.
Rahsianya apabila bilah kipas itu hanya dua atau tiga , beban motor untuk mengerakan kipas akan berkurangan.
Jadi semakin kurang beban, semakin pantas kipas akan berpusing. Dan semakin laju ia semakin kuat lah pegerakan angin yang akan dihasilkan oleh kipas terbabit.
Hasilnya tiupan angin akan lebih kuat daripada biasa.
Kecondongan bilah membuakan angin bergerak lebih sempurna.
Faktor kecondongan bilah sebenarnya mempengaruhi pergerakan angin.
Semakin condong bilah itu semakin tinggi penghasilan angin.
Menurut American Lighting Association, kipas yang dipasang bilah berkecondongan 12 hingga 15 darjah akan menghasilkan angin dengan lebih sempurna.
Jadi apabila anda ingin membeli kipas siling , anda harus juga melihat teknikal data tentang kecondongan bilah.
Jangan pilih yang cantik sahaja ya.
Anda perlukan angin taufan atau angin bayu
Mengikut laman web Energy star, kipas siling empat bilah akan berfungsi sama efektifnya dengan kipas siling lima bilah.
Kipas siling yang mempunyai bilangan bilah yang lebih sedikit akan menghasilkan angin yang kuat bersama motor berkuasa tinggi.
Namun bergitu jika kecondongan 12 darjah pada kipas siling empat bilah, maka pergerakan kipas siling masing dikira sempurna dan stabil.
Kipas siling lima bilah.
Kipas siling lima bilah dikenal pasti sebagai kipas angin yang senyap daripada kipas siling yang mempunyai bilah yang sedikit.
Walaupun pegerak udara berkurangan tetapi ia masih mampu menyejukan suasana.
Kebanyakan pereka kipas akan mengunakan bahan yang lebih ringan untuk dipasang pada kipas siling ciptaan mereka.
Okeh ini adalah antara sedikit cerita tentang kepentingan bilah kipas angin yang mempengaruhi kelajuan kipas dan bunyi yang dihasilkanya.
Munkin anda boleh google lagi untuk mendapatkan lebih pengetahuan tentang pemilihan kipas siling.
Namun bergitui jika anda mahu survey kipas siling anda boleh sahaja baca dari sini
Bukan setakat bilah sahaja, ketinggian syiling pun memainkan peranan jugak
secantikmanis recently posted…#wordlesswednesday 01 [ Still Relevant ]