Tahun 2020 tahun dimana DDNK semakin menggila mengadakan seminar.
Tag line “tak hensem tak apa janji kaya“. Sepertinya telah menjadi satu jampi serapah untuk orang ramai join kelas percumanya.
Jangan kata orang. yang menulis ini pun sama. Dengan memujuk brader yang nak pencen pergi bersama. Semangat berkobar – kobar nak jadi orang kaya telah datang menjelma.
Time tu belum lagi terbaca nak senang dengan mudah memang lah sembang.
Nak memohon kepada ilahi pun kena juga usaha awal pagi. Tengah malam yang sunyi tahjud, taubat barulah hajat. Bagi mencapai cita-cita yang berbuku dalam hati.
Namun kalau sesekali rasanya lambatlah nak jadi.
Rahsia trading saham tidak akan dibongkar XOX kaunter pertama
Selesai sahaja seminar DDNK pada pagi hari. Lepas rehat terus berkobar membuka akaun CDS.
Dengan harapan dapat melabur secepat dan sebanyak yang munkin.
Perasaan tamak memang tak boleh nak blah dari jiwa manusia ini.
Selepas sebulan barulah akaun CDS diterima
Yang kelakarnya nak beli pun tak reti.
Kali pertama nak masukan jumlah unit, Nak pilih saham semua nya tak reti nasiblah brader yang nak pencen tu ajar. Makin orang yag diajak itu lebih bersemangat untuk belajar lebih tinggi.
Ceritanya lagi sebulan dua ini dapatlah akaun saxo. Semoga beliau lebih sukses untuk kerjaya trading selepas bersara.
Jika saya tidak silap pada bulan october 2020 kaunter xox seperti mencanak tinggi, di ikuti XOX WC. Alhamdulilah saya berkesempatan meraih untung yang pertama dengan saham tersebut. Memang best kita beli harga murah jual dengan harga tinggi.
Namun semua itu hanyalah sementara, Beli saham itu pun atas faktor tanya kawan – kawan kamu beli apa. Malah setiap minggu diadakan perjumpaan dengan geng-geng trading sekerja.
Orang kata nak trade jangan sorang – sorang mesti kena ada geng. Alhamdulilah dapat juga masuk geng trader bawah tanah anjuran broker hartanah terkenal dalam negara. Beliau jugalah yang mengajar bagaimana nak minima kan kerugian dan mengandakan keuntungan dengan tenang – tenang tanpa setiap masa melihat app akaun trader.
(kah,kah kah teringat dulu masa waktu mula – mula ada blog. sekejap – sekejap tengok stat ada tak pelawat yang masuk nak baca).
Dan pada bulan seterusnya peristiwa november rain menyusul tiba. Sedangan waktu itu ada yang berkata jangan main lagi XOX.
Namun kerana ego dan merasakan XOX sudah turun kepada harga lantai dengan support yang pasti akan dapat melonjakanya. Namun siapa sangka dengan nilai 20sen telah jatuh susut hingga ke 5sen. Dengan kejatuhan sehingga 15sen adakah anda mahu rugi sama sekali.
Jawabnya kalau kita tak nak rugi simpan sahajalah sampai harga itu naik keatas. Ikut jelah hukum fizik yang jatuh akan naik kembali. Bila? tunggu sahaja walaupun ia memakan masa bertahun lamanya. Sedangkan ASB yang naik sikit- sikit pun masih tahan kita tunggu. tidak bergitu.
Nak belajar melabur klik sahaja panduan Jom Labur Saham. Nasihat saya walaupun sudah memiliki panduan Jom Labur Saham. Saya nasihatkan anda belajar juga dengan guru yang lebih berpengalaman. Buat juga grup untuk saling bertukar – tukar pandangan dan ilmu yang boleh sama – sama menjana pendapatan yang konsistem sesuai dengan era pandemik covid 19 yang semakin mencabar ini.
Semoga perkongsian Rahsia trading saham tidak akan dibongkar XOX kaunter pertama ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.