Alhamdulilah, sejak 12 jun 2020 Masjid di sekitar tempat saya sudah membolehkan kita berjemaah seramai 40 orang tidak termasuk AJK dan petugas masjid.
Dengan ini ramailah yang terbuka hati untuk menunaikan solat berjemaah dikariah masing – masing. Sebelum tu jom kita baca Nasihat untuk jemaah dimesjid atau surau.
PATUHI SOP SOLAT BERJEMAAH DI MASJID DAN SURAU
Di sesetengah mesjid dan surau ada pengerusinya mengadu. Bahawasanya masih ada yang datang ke masjid dan surau untuk bersolat tetapi tidak mematuhi SOP yg ditetapkan. Mohon para jemaah memahami situasi hari ini yang tidak menentu, kita masih dilanda risiko covid19.
Bukan apa kita tidak mahu dijadikan bahan atau modal orang lain mengatakan kita ini adalah kluster jangkitan.
Dari dapat kelongaran berjemaah seramai 40orang , terus balik asal 12 orang atau sekadar , 3 orang. imam, bilal dan noja kan sedih jadinya.
Nasihat untuk jemaah dimesjid atau surau.
Makanya Para ajk masjid dan surau bertanggungjawab dengan masjid dan surau.
Mereka adalah merupakan barisan hadapan berhadapan dengan risiko kesihatan diri sendiri dan jemaah yg lain.
Walaupun ada sesetengah para jemaah yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerana pelbagai alasan.
Dan ada yang ambil mudah dan bersikap degil serta “sambil lewa”, mengakibatkan semua jemaah yg lain terdedah dengan risiko kesihatan dan seterusnya boleh menjadikan masjid dan surau menjadi pusat penyakit.
Solat berjemaah di masjid maknanya kita perlu bersedia mengikut perintah masjid yg diketuai oleh imam.
Islam meletakkan penjagaan kebersihan dan keselamatan nyawa di antara perkara yang sangat dititikberatkan.
Masjid dan surau telah menetapkan SOP untuk keselamatan semua jemaah.
Kelengkapan dan syarat untuk berjemaah di masjid dan surau.
Mohon jemaah ;-
1.memakai pelitup mulut.
2.membawa sejadah gebu sendiri.
3.pastikan sihat dan ambil suhu badan.
4.jarak sosial 1 meter.
5.Bawa sendiri pen (jika boleh)
Nasihat seterusnya, Sekiranya perkara di atas gagal dipatuhi dan merasakan SOP menyukarkan diri untuk kita patuhi sebagai makmum , maka solat sahajalah berjemaah di rumah.
Pihak berkuasa akan buat pemantauan mengejut di Masjid dan surau.
SEMESTINYA umat Islam yg ke masjid atau surau, biarlah jadi contoh , menitikberatkan hal kebersihan, keselamatan dan jaga rumah Allah, jaga keselamatan sahabat jemaah yg bersama utk bersolat.
Baca juga – Masjid kampung seri merlong