Memilih Kipas siling terbaik…?
Orang kata salah satu keperluan asas untuk sebuah rumah ialah, Kipas siling.
Disebabkan kipas siling ini memang tergantung di atas ia sememangnya sangat ideal untuk sesebuah ruang.
Benda sudah tergantung memang lah tidak mengangu ruang.
Lagipun dengan kaedah pemasangan seperti ini, peredaran udara di sesuatu ruang akan menjadi lebih sekata.
Okeh orang kata kalau nak beli kipas kena beli yang berjenama.
Nama yang sudah dikenali. Seperti Jenama Panasonic atau KDK.
Dengan alasan kalau pakai yang memang dah terkenal ni. Keberangkalian untuk rosak atau ketidak puasan akan berkurangan.
Dengan erti kata lain, barang yang tak terkenal ini takut cepat kondem.
Nanti nak kena beli baru, pastu upah juruletrik lagi. Ini semua melibatkan kos dan masa..
Itu semua yang saya sebut memang tidak dinafikan.
Tetapi anda pernah jumpa kipas siling yang ada lampu antik, cantik, elegen, ada style eropah tetapi berjenama KDK atau Panasonic.
Munkin ada , munkin tiada.
Bagaimana saya memilih kipas siling terbaik
Sudah lumrah barangan elektrik atau elektronik akan berkurangan dari segi daya fungsinya dari satu tahun ke satu tahun.
“Tapi saya ada sebuah kipas angin sling KDK, sudah lebih 30tahun berfungs, ok jer”
Bagus lah kalau masih ok, tetapi mesti pernah tukar capacitor, atau bushing getah, ataupun regulator.
Dan biasanya barang lama kebanyaknya di hasilkan denagn teliti.
Ada seni, orang yang buat pun berhati – hati apabila nak mendawai wayer pada rotor kipas ini.
Orang dulu buat dengan ikhlas, sekarang, susah nak kata. Biasanya janji siap dah janji capai target.
Jadi nak jumpa barang – barang yang berkualiti seperti dahulu agak susah. Tetapi bukan nya tiada.
Bagi saya apa yang patut anda lihat ialah budget anda.
Antara kipas angin cadangan saya:-
KDK
Elmark
Panasonic
Rubine
Deka
dan Lain – lain.
Untuk memilih kipas siling terbaik kita kena tahu juga apa yang kita nak. Nak canti atau sekadar boleh lah.
Apa yang penting adalah prestasi yang boleh didapatkan .
Kena kira aliran udara , Tapi biasanya langkah yang ini ramai yang mengabaikanya.
Siapa nak tahu bolehlah gunakan calculator ini —> air flow conversion
Dan lagi anda sudah semestinya akan pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk bertanya harganya.
Dari situ juga anda akan tahu apa tawaran yang mereka akan tawarkan.
Seperti jaminan berapa tahun, Juruteknik akan kerumah anda tanpa sebarang kos yang perlu ditangung atau munkin ada hadiah percuma jika anda membeli jenama mereka.
Sekarang lebih mudah dengan menyemak secara online.
Semak dari sini : – Panduan Harga kipas Angin
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
tuan saya nk tanya kipas brand rezo ok tak saya ambil?
Saya tak pernah pakai. Tapi kalau ikut rivew . Gayanya oklah. Lagi2 untuk Venzo dan Axis series. Macam bagus. Dan dari saya syarikat ni. Ada dekat Malaysia. Mudah untuk dihubungi jika ada masalah.
ok tuan tq atas maklum balas.. saya nak beli kipas mengikot bajet saya.. dan saya ada g servey harga antara brand deka & rezo harga lebih kurang sama, jadi antara brand deka dgn rezo mana pilihan tuan ye?
Susah nak kata , Tapi kipas siling deka yang saya guna sudah melebihi 4 tahun. Dan kalau boleh periksa dekat dengan kawasan tuan senang tak nak dapatkan spare part (elektronik).