Sebelum kita bermula mengetahui Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian Gred G41apa kata kita baca dahulu tugas seorang Pegawai Pertanian Gred G41.
Pegawai Pertanian Gred G41
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kem/Jab: Kementerian/Jabatan Pertanian
Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM2,084 | RM9,551.00 | RM225.00 |
SYARAT LANTIKAN :
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
(b) had umur pelantikan:
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS :
Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti dan program Jabatan Pertanian dalam industri tanaman makanan. Memberi khidmat kepakaran teknikal pertanian kepada pelanggan melalui program pengembangan Jabatan.
- Pegawai Pertanian Gred G41
(Jabatan Pertanian Malaysia)
(Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE))
[Tarikh Peperiksaan : 14 April 2022]
[Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 10:50 pagi]
Jom kita lihat contoh soalan Peperiksaan Jawatan Pegawai Pertanian Gred G41
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, perancangan dan pentadbiran sosial/ infrastruktur, pentadbiran kerajaan, ekonomi,sejarah, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan lain-lain perkembangan
semasa di dalam dan luar negara.
Rujukan Penuh klik sini : Jawatan Pegawai Pertanian Gred G41
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan pengetahuan am peperiksaan online SPA. Ianya bukan lah soalan ramalan atau pun soalan bocor.
1. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :
A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B. Menjana sinergi multisektor
C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
2. Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui Perbincangan
Transformasi Nasional 50 (TN50) adalah
A. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
B. Kementerian Komunikasi & Multimedia
C. Kementerian Kewangan
D. Kementerian Belia dan Sukan
3. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kecuali
A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategik Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)
4. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah dan jenis mahkamah di Malaysia
I. Mahkamah Rendah –> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas –> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat –> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV
5. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara
6. Pilih kes-kes sivil yang berkaitan dengan Mahkamah Awam?
I. Jenayah curi wang syarikat
II. Saman hutang yang dituntut
III. Hal ehwal tuntutan harta pusaka
IV. Dokumen perjalanan yang dipalsukan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI
A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat
– KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS
Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan
merangkumi dua (2) petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.
Masa : 30 minit
Soalan : 30 (aneka pilihan)
Di bawah ini saya sertakan satu contoh artikel bahasa inggeris dan Contoh Soalan Bahasa Inggeris ntuk tatapan calon buat persediaan untuk exam ni.
Title : Price Hike
Many people complain when the cost of basic goods increases due to the flow-on effects on living expenses. However, shop owners and resellers are ultimately in control of cost-pricing, leaving the consumer with limited, if any, say in the matter.
Whilst beneficial to companies and shop owners, there are claims stating that inflation is one of the main aggravating causes of political and socio-economic instability within the country. Due to increases in cost of living also not being reflected in wage raises, or lack thereof, crime rates would also increase as a result of poverty and basic goods being simply unaffordable.
The factors contributing to the price increase of basic goods include:
- Rising costs of fuel sources (affecting overall production and transportation costs);
- Greediness exhibited by companies responsible for cost-pricing. As an example,even with the reduced fuel prices imposed by the government, the prices of goods remain at an all-time high;
- Consumers insisting on purchasing the same type (or brand) of goods despite the higher price.
- The lack of emphasis to produce food and goods in-country.
The questions:
1) I have only a ________ Christmas cards left to write.
A. few
B. fewer
C. less
D. little
2) Jamal ___________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
3) Where ___________ Sarah live?
A. are
B. is
C. do
D. does
4) How many people ___________ in your family?
A. are there
B. is there
C. there are
D. there
Begitulah sedikit sebanyak contoh-contoh soalan SPA yang akan anda hadapi pada exam online nanti. Contoh-contoh yang saya bawakan ini bukanlah soalan sebenar tapi ia ialah contoh berdasarkan pengalaman calon-calon yang pernah menghadiri sesi peperiksaan SPA sebelum ini.
CONTOH SOALAN & RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEREKA GRED B29 DI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
TARIKH EXAM : 2 DISEMBER 2021
[Masa Peperiksaan : 02.00 – 03:00 petang]
Klik untuk mendapatkan Ebook lengkap Contoh Soalan Dan Nota Rujukan :- Rujukan Penuh klik sini : Jawatan Pegawai Pertanian Gred G41
Ebook extra seksyen adalah rujukan Lengkap tersedia contoh-contoh soalan berserta jawapan, huraian, cara penyelesaian setiap seksyen berserta nota-nota ringkas format VERSI 2021.
TEMPAH SEKARANG!
Rujukan :Jawatan Pegawai Pertanian Gred G41
Semoga perkongsian Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian Gred G41 ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer & Twiter
Waaa lama betul tak masuk interview dan ujian hehehe
Sis Lin recently posted…SUP GEARBOX JUADAH BERBUKA PUASA DI HUJUNG MINGGU