Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang amat dituntut dilakukan oleh setiap umat Islam.
Solat Sunat yang sering disebut sebagai ‘amalan pembuka rezeki’ ini mempunyai pelbagai kelebihan.
Ia juga dikenali dengan nama solat al-Awwabin.
Panduan Doa solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha yang dirujuk melalui Kisah Zakat Malaysia dan beberapa lagi sumber lain.
Lafaz Niat Solat Duha
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ
(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)
Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”
- Membaca Surah Al-Fatihah
Setelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa. - Membaca Surah
Ringkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.
Akhir sekali Zikir & Doa Dhuha , selepas memberi salam dan melengkapkan bilangan rakaat yang diingini, ucapkanlah istighfar.
Ini menurut hadis sahih dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
“Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim”
Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali.
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih.)
Kita juga boleh membacakan doa dhuha ini:
اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ،
وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ،
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ،
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ،
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ.
اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ
وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ
آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Ertinya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan Solat Sunat Dhuha Berdasarkan Hadis Sahih
Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim.
i. Diwasiatkan oleh Nabi SAW
Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:
أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]
Panduan buku solat Dhua – Semak dari sini
WAKTU BERMULA DAN BERAKHIRNYA SOLAT DHUHA :
MULA : [ 28 minit selepas waktu syuruq ] merujuk waktu di Malaysia.
TAMAT : [ 10 – 15 ] minit sebelum Zohor
Di dalam Asy-Syahrul Mumti’:
“Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) hingga adanya larangan saat tengahari.”
Majmu’ fatawa waktu larangan sebelum zohor kira-kira 15-20 minit sebelum zohor.
Ibn Qaasim : waktu larangan solat sunat sebelum masuk waktu zohor adalah sangat singkat, sehinggakan tidak sempat untuk tunaikan solat, dan hanya sempat Takbiratul ihram sahaja jarak waktunya. (Haashiyat Ibn Qaasim ‘ala’l-Rawd al-Murabba’, 2/245).
Berdasarkan pendapat inilah ada ulamak yang mengatakan waktu Dhuha berakhir hingga rapat waktu zohor, kerana terlalu singkatnya waktu larangan solat itu.
Waktu Dhuha
Apakah maksud matahari tegak atas kepala hingga zawal?
Waktu istiwa’ – Iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala – iaitu apabila kita berdiri tidak dapat melihat bayang-bayang kita atau suatu benda;
Zawal / rembah- matahari gelincir sedikit, tanda masuknya waktu zohor.
waktu istiwa’-> zawal hanya beberapa minit sahaja. Ia adalah di antara waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat MUTLAQ kecuali :
pada hari Jumaat
solat sunat Tahiyyatul Masjid
solat sunat Wudhu’
Solat Jenazah
solat di Masjidil Haram
Waktu inilah api neraka sedang bergelegak dan syaitan berkeliaran.
Tempohnya paling singkat pun 5 minit sebelum zohor, dan ada pendapat mengatakan 10 – 20 minit.
Matahari tegak atas kepala bukan pukul 12.00 tengahari seperti yang difahami oleh sesetengah orang.
Sumber:- https://www.facebook.com/ustazalrais/photos/jawapanwaktu-bermula-dan-berakhirnya-solat-dhuha-mula-28-minit-selepas-waktu-syu/785071051533869/