Panduan lengkap memulakan penternakan kambing

Assalammualaikum, Panduan lengkap memulakan penternakan kambing.

Ya saya nak juga kata ini adalah catatan blog saya sejak berhari raya tahun 2018.

Kalau ikutkan mantan PM ke empat dah nak menuju wawasan 2020 dah kita ni.

Budak – budak era 80an pasti dah terfikir yang bukan – bukan.

Nak jadikan cerita sebelum raya saya dapat lah berberapa undangan berbuka puasa dekat hotel – hotel sekitar bandaraya Johor bahru.

Memang syok lah makan free, orang kasar kata kasi hantam semua yang ada. hihihi.

Dan sudah semestinya hidangan Kambing golek dan satay kambing akan di tuju. Dekat mana – mana hotel semua sama Kambing golek,Gulai kambing mahupun satay kambing semuanya kita ambil dahulu.

Bukan apa takut kempunan….

Bercerita tentang kambing pasti anda tahu peternakan kambing punyai pontesi yang sangat memberangsangkan.

Lihat sahaja mana – mana restoran yang menyajikan hidangan menu berasas kambing pasti ada pelangan yang datang untuk mencubanya.

Baca Juga:- Resepi Istimewa Kambing Perap Optimized

Dan kalau lembut dan sedap pasti mereka akan merekomenkan kepada kenalan dan tidak mustahil akan datang lagi pada masa akan datang.

Tak percaya cuba lihat sahaja Restoran Kambing 40Hari beratur beb kita nak membelinya.

Jadi pasti kita teruja nak menternak kambing dengan melihat corak pasaranya.

MACAM MANA NAK MULAKAN PENTERNAKAN KAMBING YA?

Dekat sini saya nak share satu cerita seorang penternak Kambing dan rakannya .

Ceritanya bergini…

Adalah rakan itu melihat saya memulakan penternakan kambing, beliaui ingin juga turut sama menceburkan diri dalam bidang penternakan kambing. Tetapi, masalahnya, beliau langsung tidak bertanya apa-apa pun. (maklumlah.. kita ini bukanlah hebat sangat).

Dengan keadaan yang gelojoh. Rakan ini terus mencari tukang kayu dan membina kandang. Selepas beberapa minggu, kandang beliau pun siap. Memang cantik kandang yang beliau bina, ianya besar dan semuanya menggunakan kayu yang baru.

Namun begitu, selepas beberapa bulan, tiada kambing yang dimasukkan ke dalam kandang tersebut. Suatu hari,Kita pergi ke kandang beliau.. saja-saja untuk melawat dan bertanya khabar.

“Wah!.. besar betul ya kandang kau.. mesti mahal nie!”.. ujar saya

“Ya!.. Aku gunakan kayu-kayu baru untuk bina kandang nie.. RM6,000 aku berhabis untuk bina kandang nie”.. balas rakan saya.

“Oh! Banyak betul ya bajet kau untuk bina kandang kambing nie.. tapi.. mana kambing-kambingnya?” tanya saya lagi..

“Hmm.. itulah yang menjadi masalahnya sekarang ini.. duit aku semua dah habis digunakan untuk buat kandang ini!”.. balas rakan saya dengan nada sedikit menyesal.

Saya hanya mampu menggeleng kepala..

Terkini Modal Untuk Ternak Kambing baka baik

Kandang hanya tempat untuk kambing berteduh, makan, tidur, kahwin dan beranak. Oleh itu cukuplah kandang itu dibina dengan menggunakan kayu terpakai. Selain itu, kita juga perlu merancang, berapa ekor kambing yang ingin kita ternak untuk permulaan?.. Kalau nak mula dengan 5 ekor, tidak perlulah buat kandang untuk 10 ekor.. itu membazir, sedangkan duit itu sebenarnya, boleh digunapakai untuk membeli lebih banyak kambing betina.

Panduan lengkap memulakan penternakan kambing

Rakan saya menyatakan, beliau buat kandang menggunakan kayu baru supaya ianya kukuh dan beliau membuat kandang

bersaiz besar supaya akan datang tak perlu nak tambah lagi. Tapi bagi saya, membina kandang dengan kayu terpakai juga sebenarnya kukuh, dan mulakan penternakan ini dengan kecil-kecilan dahulu.

Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah, sebelum kita memulakan sesuatu langkah atau kerja, kita perlulah terlebih dahulu mendapatkan ilmu mengenainya. Membuat sesuatu perkara tanpa sebarang ilmu, hanya akan menyebabkan kita kerugian dan menyesal.

Oleh itu, sebelum anda ingin memulakan projek penternakan kambing, anda perlulah terlebih dahulu mendapatkan serba sedikit ilmu mengenai penternakan kambing ini dan jika berkesempatan, bertemulah dengan mereka yang telah menjalankan projek ternakan kambing ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang boleh anda perolehi..

Ataupun untuk kemudahan anda , Layari sahaja laman web ini Rahsiakambing.com untuk mendapat Panduan lengkap memulakan penternakan kambing.

Semoga perkongsian Panduan lengkap memulakan penternakan kambing ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge