Alhamdulilah syukur sudah tidak berapa lama lagi umat Islam akan menyambut kehadiran Syawal. Tanda kemenangan umat Islam berpuasa melawan nafsu ketika Ramadan.
Kesyukaran tidak terhingga kerana waktu Ramadan ini banyak kelebihan dan rahmat yang turun untuk umat junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Dimana di era covid19 ini kita perlu patuh kepada arahan pemerintah dan mengikuti SOP yang telah dikeluarkan.
Oleh itu saya juga ingin berkongsi panduan solat aidilfitri bagi kemudahan anda sekeluarga.
Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk anda semua.
Panduan solat aidilfitri
Rakaat pertama
- Takbiratul Ihram serta Niat :-
“Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai (imam/makmum) kerana Allah SWT”. - Membaca Doa Iftitah.
- Bertakbir tujuh (7) kali pada rakaat pertama. Sunat
mengangkat tangan ketika takbir. - Sunat diselangi Bacaan Tasbih pada setiap takbir :-
سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ - Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-A’laa atau surahsurah lain.
Rakaat kedua
- Takbir sebanyak lima (5) kali dan diselangi dengan bacaan
tasbih seperti pada rakaat pertama. - Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-Ghaasyiyah atau
surah-surah lain. - Memberi Salam.
- Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya.
Muat turun Khutbah hari raya dari sini -Khutbah Raya 2020 – TINGKATKAN AMALAN DI BULAN SYAWAL DALAM MENGHADAPI WABAK COVID-19
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
Alhamdulilah..
Berkat PKP, dapat solat hari raya berjemaah bersama keluarga di rumah…syukur..
Sis Lin recently posted…CARA NAK MATIKAN KETAM NIPAH DENGAN MUDAH DAN CEPAT
Saya berjemaah 8 orang dekat masjid Nusa Damai