Panduan percuma buat duit dengan Lazada.
Siapa nak buat duit secara percuma dengan Lazada.
Tanpa perlu produk, tanpa perlu memikirkan kos penghantaran ataupun sibuk nak menguruskan nya.
Tugas kita hanya cari produk yang selesa untuk kita promosikan.
Sebelum bermula jom kita daftar dahulu dari sini:- Register Here
Sudah masuk pada website Lazada Klik Sign Up
Selepas sign up Anda akan menerimas email kejayaan anda mendaftar . Kita login dan akan muncul paparan seperti ini.
Cari tab Sign-up FilterForms / Insertion Order.
Masukan segala maklumat yang diperlukan.
Cara mendapatkan Link Produk
Seperti biasa apa yang nak saya beritahu Flatform lazada punyai beribu jenis produk mahupun jenama.
Anda nak pasarkan apa?
Barang dapur, Pakaian, Mekap, Peralatan atau perkakas dirumah.
Atau saja nak jadi agen jalan – jalan. terpulang anda .
Anda hanya perlu search pada tab Products Linking, Products Link. Pada keyword kita taip produk apa yang kita cari.
Contoh legoland. Keluar berapa banyak promo tiket legoland. (komisen 8% daripada RM55) Contoh seperti gambar dibawah.
Pada penjuru kiri bawah klik tab Get LInk
Masukan nama pada sub-aff sebagai rujukan lazada dan terus klik Submit
Ambil item link dan promosikan mengikut gaya anda :- Contoh dari saya siapa nak tiket lego land murah – klik sini 🙂
Promosi Produk Lazada
Cara nak mempromosi terpulanglah kepada anda.
Banyak flatform yang boleh anda promosikanya.
Paling mudah Facebook. Tetapi yang ini anda peerlu kreatif sikit. Ada kawan saya promosi dekat facebook dengan produk yang disuka, Tapi tak mampu nak beli semua.
Cara anda terpulanglah saya hanya sekadar berkongsi cara percuma buat duit dengan Lazada.
Munkin boleh ditambah dengan video ataupun anda kena selalu bercerita tentang produk yang anda ingin pasarkan.
Maklumlah facebook kini tidak seperti dulu. kena guna bahasa yang betul jangan guna bahasa SMS atau whechat.
Semua yang kita buat hanyalah untuk meraiah paparan ataupun “Facebook engagement”.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
Nak menjual produk anda sendiri dekat Lazada
Layari panduan bisnesLazada.com
Mereka kata lazada bilangan pengunjung yang melawati Lazada sama ada menerusi website ataupun apps, adalah seramai 700,000 orang sehari!
Ianya jauh lebih ramai dari bilangan pengunjung di KLCC mahupun mana-mana pasaraya terbesar di Malaysia.
Lazada punyai pasaran Luas, Seluruh Malaysia!
Jika anda membuka kedai di sesuatu kawasan, maka, pelanggan anda adalah orang-orang di sekitar kawasan tersebut sahaja! Tapi, apabila anda membuka “kedai maya” di Lazada…. potensi pasaran anda adalah dari seluruh Malaysia, orang-orang dari Kelantan, Perlis, Johor, Sabah & Sarawak pun boleh beli produk anda!
Jualan 24 Jam Tanpa Henti!
Ya! apabila anda meletakkan barang anda di Lazada, orang boleh beli produk anda 24 jam… tiada lagi waktu terhad, waktu buka & tutup kedai! Pukul 2-3 pagi sewaktu anda sedang lena tidur pun, ada orang yang beli produk anda!
Kos Rendah!
Jika anda membina website sendiri, anda peru bayar kos domain dan hosting setiap tahun. Tetapi, di Lazada, tiada sewa bulanan atau tahunan yang anda perlu bayar! Anda hanya dikenakan caj 2% sahaja bagi setiap jualan yang terhasil! Kalau tiada jualan.. maka tiada sebarang caj!
Nak maklumat lanjut layari panduan bisnesLazada.com
CARA DAFTAR SEBAGAI SELLER DI LAZADA
Untuk mendaftar sebagai seller, anda boleh pergi ke url berikut, atau klik sahaja link berikut.. https://sellercenter.lazada.com.my/ Kemudian, klik pada link “Become A Seller”.
Anda akan diberi 3 pilihan, pilih yang ditengah, iaitu “Local Seller”
Pilih sama ada anda mahu mendaftar akaun Lazada atas nama individu ataupun syarikat (perlukan SSM). Isikan buti-butir yang diperlukan. Masukkan nombor telefon yang betul untuk menerima verify code.
Masukkan password (8 huruf, perlu ada 1 character dan nombor)
Untuk contoh ini, saya memilih untuk mendaftar secara individu, sekiranya anda telah mendaftar syarikat, boleh pilih option Corporate. Kemudian masukkan no phone dan slide .
Selepas anda slide pada “slide to verify”, anda akan menerima kod 6-digit di phone anda.
Anda juga akan nampak ruangan-ruangan lain seperti password, email dan nama kedai untuk diisikan! Isikan semua maklumat tersebut.
Tick pada box Terms & Condition dan tekan butang Sign Up.
Setelah anda tekan butang Sign Up, akan terpapar pula page seperti di bawah.
Pop up box menunjukkan step awal yang perlu anda selesaikan sebelum menjual di Lazada. Klik pada Manage Address Book terlebih dahulu.
Akan terpapar pula popup box yang mengalu-alukan kehadiran anda sebagai seller di Lazada.
Klik pada perkataan FORM sekiranya anda mahu bantuan Lazada untuk memasukkan produk anda secara bulk dari website lain sekiranya ada.
Klik SKIP, anda boleh teruskan dengan proses memasukkan alamat anda, iaitu alamat warehouse, alamat business dan alamat return. Sekiranya semua alamat adalah sama, anda boleh klik pada box “Same as Warehouse Address”. Klik Submit.
Seterusnya akan terpapar page memaklumkan alamat anda telah disahkan (verified).
Klik pada back to Dashboard.
Di dashboard, klik pada Verify ID Information
Untuk yang mendaftar sebagai individu, anda akan diminta memasukkan butir-butir peribadi anda iaitu nama, nombor kad pengenalan dan anda perlu upload gambar kad pengenalan.
Manakala jika anda memilih pendaftaran sebagai syarikat, anda akan diminta untuk memasukkan detail syarikat anda dan mengupload pendaftaran syarikat yang masih sah. Klik submit.
Untuk belajar lagi tentang teknik – teknik lanjut seperti menjual , mempromosi ataupun cara nak handle customer layari sahaja website ini. –BisnesLazada.com
3 thoughts on “Panduan percuma buat duit dengan Lazada”