Pengalaman menginap diRegalia Suites Kuala Lumpur
Kalau nak mandi atas bumbung sambil berlatar belakangkan menara berkembar petronas. Memang saya boleh kata sini lah salah satu hotel apartment yang agak murah.
Regali terdiri daripada 3 block aparment yang berhubung antara satu sama lain.
Hanya swiming pool yang berlatar KLCC berada ditingkat 37. Anda harus naik kesana dan melalui Bar. Non muslim munkin lepas mandi sejuk – sejuk terus kena brandy.
Oleh kerana pool ditingkat atas perlu melalui bar, saya tidak mengalakan keluarga saya kesana. Kita mandi manda sahaja di tingkat 5, kolam pun lebih luas dan ia memang sesuai untuk keluarga.
Dari tingkat 5 hingg tingkat 37 ada sebuah liff yang disediakan untuk dijadikan penghubung atara kolam.
Pandangan saya jika hanya nak mandi – manda kita cari sahaja apartment atau hotel yang dekat dengan kita. Jimat belanja petrol dan tol.
Namun bergitu disebabkan abang saya tingal di bangsar utama, tak salah lah saya ambil kesempatan ini untuk merasa apa yang mereka tawrakan.
Jika tiada keluarga disana pun regalia memang dekat sangat untuk ke pusat bandaraya. Tak sampai berberapa minit sudah boleh terus ke jalan bukit bintang.
Google map memang memudahkan perjalanan.
Dan untuk saya untuk manaiki LRT pun tidak menjadi masalah kerana saya rasakan ia mudah sahaja. Dari rumah abang saya berjalan kaki lebih kurang 10minit untuk menaiki nya.
Berbalik kepada Regalia, Saya akui keadaan ruang rumah yang besar dengan dua bilik tidur dan ruang tamu.
Tetapi penyelengaraan mereka tidak seperti apa yang kita harapkan.
Dengan waktu menunggu lif yang agak lama dan seterusnya rosak dan tidak boleh digunakan, memang menyedihkan.
Pengalaman saya waktu chec k in juga agak menyebalkan. Proses yang agak lama . Tak seperti hotel – hotel yang pernah saya duduki. Welcome drink pun tak dipelawanya kita sedangkan kita kesana memang sudah start booking untuk menginap.
Jika tidak buat apa kita nak kesana. Banyak lagi hotel yang lebih baik yang kita boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan.
Lagipun saya sudah mendaptkan Panduan Hotel Terbaik dari rakan online saya.
Waktu puncak seperti inilah kena tambah staf. Dengan kebersihan bilik air yang tidak memuaskan.
Lantai berkarat. Tombol kunci pintu bilik tidur takde. Hmm kalau orang baru menikah tapi ajak mak abah kan tak selesa. hahaha.
Siaran television ada dua sahaja. Sepertinya saya duduk hutan. sedangkan negara kita siaran percuma sahaja sudah melebihi 20 siaran.
Kalau ajak orang tua, bosan mereka nak duduk rumah. Sedangkan mereka nak duduk lepak dalam hotel, sementara anak – anak pergi merambu dekat shoping complex.
Service bilik no.0 deringan telepon ada tapi, sampai kesudah tiada yang menyahutnya. Macam mana lah kita nak minta atau bertanya sesuatu.
Jalan mudah , ambil no telepon, dan terus dail seperti kita tidak duduk situ. pasti ada yang mengangkatnya.
Dan jika anda sudah menunggu dalam 10,20minit didepan pintu lif. saya sarankan anda berhijrah keblock lain. Pastinya lif memang sudah rosak.
Jadi saya haraplah jika ada pihak regalia yang terbaca ulasan saya. saya harap mereka berbincang untuk menaikan taraf perkhidmatan mereka pada masa akan datang.
Pengalaman menginap diRegalia Suites dari saya jumlah markah dari 10 saya hanya boleh beri 5.
Baca juga – Pengalaman pertama menaiki feri untuk ke Batam